16 Mac 2021, 08:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR: Kuetiaw, koay teow atau kuetiau? Apabila disebut perkataan ini, akan terbayang di minda kepingan mi berwarna putih lembut yang diperbuat daripada tepung beras. Makanan popular ini enak dimakan dalam hidangan gorengan ataupun berkuah. Pastinya rakyat Malaysia pandai menyebut perkataan itu tetapi tidak semua yang tahu untuk mengejanya dengan ejaan yang betul. Banyak dalam kalangan kita yang mengeja perkataan tersebut dengan ejaan lain tetapi mempunyai sebutan yang sama seperti ejaan kuay tiaw, kueh teow dan kueh tiaw.

Terbaharu, bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai mengeja perkataan ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menerusi kenyataan media di Facebook mengumumkan ejaan kuetiau yang betul dalam bahasa Melayu. Kenyataan media yang dibuat oleh DBP ini ternyata sangat dialu-alukan oleh beberapa pemilik kedai makanan. Kebanyakan peniaga kuetiau berasa gembira dengan kenyataan media tersebut bagi mengelakkan kekeliruan ejaan dalam kalangan pelanggan. Selain itu, ejaan yang betul dalam bahasa Melayu juga dapat dipaparkan pada papan tanda makanan sebagai langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan pelancong asing. Pengumunan ejaan rasmi ini juga bertepatan dengan usaha DBP untuk “membetulkan yang biasa, dan membiasakan yang betul”.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.