30 Mac 2021, 11:56

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Bahasa Melayu sebagai bahasa  sains dan teknologi? Hal ini tidak mustahil kerana bahasa Melayu sentiasa berkembang dan telah mengalami tiga zaman perkembangan bahasa, iaitu zaman kuno, zaman klasik dan zaman moden. Demikian antara kupasan menarik oleh Dr. Mohamad Alinor Abdul Kadir, Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) dalam Ceramah Umum 1/2021 Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu.

Menurut Mohamad Alinor lagi, banyak cara untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi. Antaranya termasuklah menemukan semua bentuk sumber dalam bahasa Melayu, menganalisis perkataan bahasa Melayu asli atau yang telah diubah suai atau ambilan, menganalisis makna atau konsep sains dan teknologi di sebalik perkataan bahasa Melayu asli atau yang diubah suai atau ambilan, membandingkan makna atau konsep dengan sains dan teknologi sezaman, membandingkan makna atau konsep dengan sains dan teknologi moden serta membangunkan konsep sains dan teknologi Melayu.

Ceramah menarik yang berjudul “Tiga Zaman Perkembangan Bahasa Melayu: Persoalan Bahasa Sains dan Teknologi” ini bersiaran secara langsung  menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP baru-baru ini.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.