9 April 2021, 23:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR − Bersempena dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC2020) oleh UNESCO, dan ulang tahun penubuhan PERSPEKTIF yang ke-35, Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) berjaya menganjurkan Pertandingan Menterjemah Piala Drs Chin Yook Chin pada bulan Mac 2021. Daripada 108 penyertaan yang diterima, sebanyak 20 karya terpilih untuk menerima hadiah.

Pemenang dipilih mengikut tiga kategori, iaitu 12 orang pemenang menerima Hadiah Terjemahan Terpilih (RM100 seorang), lima orang pemenang Hadiah Terjemahan Terbaik (RM300 seorang) dan tiga orang pemenang Hadiah Terjemahan Cemerlang (RM1000 seorang).

Ketua Juri, Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong, sedang memberikan ulasan pemarkahan bagi karya pemenang.

Aspek bahasa, budaya, pengetahuan am dan kesusasteraan merupakan aspek penting dalam pemarkahan karya peserta. Antara pemarkahan yang diambil kira termasuklah terjemahan makna yang tepat, ketepatan penggunaan kata dalam bahasa Melayu terutamanya dalam konteks kata ganti diri yang betul dan penggunaan peribahasa yang sesuai.  Di samping itu, aspek budaya dan aspek pengetahuan am peserta juga diambil kira. Contohnya, penggunaan nama tempat yang betul (坟=PENDAM– ialah perkataan lama, kini sudah ditukar kepada SADONG JAYA).  Begitu juga dengan jenama jam CITIZEN, bukannya BINTANG dan lima ribu dolar US, bukannya lima ribu US Ringgit. Demikianlah antara perkara yang diberi kupasan dalam ulasan pemarkahan karya peserta.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Menterjemah Piala Drs Chin Yook Chin yang berlangsung pada hari ini di Biro Pelancongan Kuala Lumpur 11, Jalan Tangsi, Tasik Perdana, Kuala Lumpur dimulai dengan ucapan Presiden PERSPEKTIF, Dato’ Goh Hin San. Dalam majlis itu juga, Ketua Juri, iaitu Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong, Timbalan Dekan Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan ulasan pemarkahan pemenang. Ucapan perasmian pula disempurnakan oleh Ketua Sekretariat KLWBC2020, Tuan Haji Anwar Mohd Zain.

Senarai Pemenang Piala Drs Chin Yook Chin.
Pemenang
Karya terjemahan
Tan Chi Cheng
Sadong yang Diselubungi Kabus
Ko Pey Ling
Layang-layang Tak Melayang
Tan Cheng Im
Bulan yang Bergegas Keluar dari Gumpalan Awan
Nur Izni Syazwani Binti Ahmad
Bandar yang Sayu
Moo Qi Xin
Kucing Tiga Kaki
Liew Swee Chin
Sang Bulan Menembus Kepungan Awan
Ng Wee Hoon
Sayang, Oh! Sayang
Tang Shuh Hua
Tebing Lekuk
Wong Jia Yun
Keperitan Kehidupan
Koh Tuan Teck
Masa Lori Masuk Bengkel
Seow Siew Leng
Bulan Terbenam di Bandar Jersey
Wong Yun Teng
Manusia Bukan Manusia, Hantu Bukan Hantu
Yap Beng Lay
Mengharungi Gelora Ombak
Yiaw Xue Er
Kisah di Sebalik Dataran itu
Lim San Mei
Baka
Muhammad Nazarudin bin Ahmad Anuar
Melimpahnya Gelombang Tak Terbendung
Kelvin Yiung Shi Hong
Hujan Renyai Sadong
Soon Li Wei
Ibu Kota Yang Suram
Chee Shiau Thing
Kisah di Dataran Tanah Rata
Wong Yien Wen
Penyewa Rumah
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!