7 Mei 2021, 23:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR − Tahniah diucapkan kepada pemenang Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia bersempena dengan pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) dan Gerakan Membaca 2021 yang telah dilaksanakan pada 1 hingga 8 April 2021. Bagi menjayakan pertandingan ini, sebuah buku nadir yang berjudul Inilah Shaer Unggas Adanya, iaitu buku daripada koleksi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Naskhah ini memberikan tumpuan kepada pengajaran Islam melalui perihal unggas dan burung yang digunakan sebagai wahana pendidikan.

Dalam pertandingan tersebut, Ainun Nasibah Johar, muncul juara bagi peringkat institusi pengajian tinggi dan umum, manakala naib juara pula dimenangi oleh Ummu Fathiyyah Mohamad Azam dan tempat ketiga disandang oleh Norfazliana Mohd Yusoff. Pemenang saguhati ialah Wan Al Azim W Azman, Nur Ibtisam Zulkifli dan Fatimah [email protected] Mohd. Bagi kategori sekolah menengah pula dijuarai oleh Aish Amna Suffian, Nurul Izani M Razali di tempat kedua dan Aisy Basri Mohd Bakri di tempat ketiga. Penerima hadiah saguhati ialah Aidy Badri Mohd. Bakri, Aiman Afnan Budiman dan Noor Aina Yasmin Kamarulzaman.

Antara matlamat penganjuran pertandingan ini adalah untuk mendekati khalayak bagi memugarkan semula apresiasi dan kecintaan terhadap tulisan Jawi melalui manuskrip dan buku nadir Melayu agar dapat digarap dan disebarkan. Penilaian markah dibuat berdasarkan aspek kelancaran (merujuk teks), irama, suara, gaya, teknik dan persembahan serta kreativiti peserta.

Penganjuran Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia ini diharapkan dapat menjadi medan untuk menguji keupayaan peserta bagi memahami dan menguasai kosa kata Melayu klasik, lebih-lebih lagi dalam tulisan Jawi lama.

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!