12 Julai 2021, 16:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

NEGERI SEMBILAN – MRSM Gemencheh muncul sebagai juara apabila memenangi pertandingan Forum Remaja Menengah Atas dan Kuiz Bahasa dan Sastera Menengah Atas menerusi Program Bicara Bahasa MRSM Zon Selatan 2021. Di samping itu, MRSM Gemencheh turut memenangi dua kategori bagi pertandingan Forum Remaja Menengah Atas, iaitu menerusi Kategori Panel Forum Terbaik, oleh Nur Imaniyyah binti Ahmad Fahim dan Kategori Pengerusi Forum Terbaik oleh Taufiq Lu bin Asmadi.

Beberapa pertandingan lain turut diadakan seperti Deklamasi Sajak Terbuka, Melagukan Syair Terbuka (Menengah Rendah), Pidato Sekolah Menengah Rendah dan  Atas, Story Telling (Lower and  Upper Secondary), Public Speaking (Lower and  Upper Secondary) dan Poetry Slam (Lower and Upper Secondary). Tahniah diucapkan kepada para pemenang progam Bicara Bahasa MRSM Zon Selatan 2021.

Forum Remaja Menengah Atas-Johan oleh MRSM Gemencheh.

 

Selama empat hari Program Bicara Bahasa MRSM Zon Selatan 2021 berlangsung, iaitu pada 9 Julai hingga 12 Julai 2021 dan disertai oleh beberapa buah sekolah MRSM. Program Bicara Bahasa MRSM Zon Selatan 2021 MRSM ini dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA dengan kerjasama Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Penganjuran Pertandingan Bicara Bahasa ini merupakan antara aktiviti kebahasaan yang dilaksanakan oleh DBP dalam usaha menanam sikap megah dalam kalangan generasi muda terhadap bahasa Melayu. Program seperti ini diharapkan dapat membantu DBP dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan khususnya dalam kalangan generasi muda, selain melahirkan generasi muda yang berpengetahuan tinggi dan berketerampilan dalam bidang kebahasaan dan kesusasteraan.

Kuiz Bahasa dan Sastera Menengah Atas- Johan oleh MRSM Gemencheh.

BIL.

KATEGORI

JOHAN

1. Deklamasi Sajak Terbuka MRSM Tun Dr. Ismail

(Ahmad Iskandar bin Muhammad Andy Fairoz)

2. Pidato Menengah Atas Terbuka MRSM Serting

(Muhammad Farihin bin Mohd Lotfi)

3. Pidato Menengah Rendah MRSM Tun Mustapha

(Terbuka Puteri Balqis binti Aminuddin)

4. Melagukan Syair (Menengah Rendah) Terbuka MRSM Serting

(Amirul Qayyum bin Ahmad Muriz)

5. Melagukan Syair (Menengah Rendah) Terbuka MRSM Serting

(Amirul Qayyum bin Ahmad Muriz)

6. Story Telling Lower Secondary Open MRSM Semporna

(Muhammad Hafizan bin Shahril)

7. Story Telling Upper Secondary Open MRSM Serting

(Muhammad Raihan Chua)

8. Public Speaking Lower Secondary Open MRSM Tun Dr. Ismail

(Aleya Ameera binti Mohd Azham)

9. Public Speaking Upper Secondary Open MRSM Kuala Klawang

(Sophia Alessandra Lynn Walters)

10. Poetry Slam Lower Secondary Open MRSM Kota Kinabalu

(Errzie Reachel Nazarie)

11. Poetry Slam Upper Secondary Open MRSM Serting

(Muhammad Faris Aqil bin Mohd Azmidari)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.