28 Julai 2021, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Bahasa Melayu merupakan akar umbi bangsa yang menciptakan kesatuan dan kebersamaan masyarakat Malaysia. Dengan menelusuri perkembangan bahasa Melayu di Malaysia, pelbagai karenah dan isu muncul sebelum merdeka, menjelang kemerdekaan, pascamerdeka dan hingga kini yang sentiasa mencabar kedaulatan bahasa Melayu.

Jika diimbas kembali, pada awal abad ke-15, bahasa Melayu sudah digunakan sebagai wahana kebangsaan ilmu dan kemahiran serta keperluan dalam kehidupan. Satu hal yang menarik kerana bahasa Melayu sudah diajarkan di luar Alam Melayu walaupun Munsyi Abdullah dalam Sejarah Melayu mengatakan bahawa tradisi orang Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu formal. Mereka menggunakan bahasa al-Quran tetapi boleh berbahasa Melayu.

Seterusnya, bahasa Melayu diajarkan sebagai bahasa formal pada awal abad ke 15. Satu hal yang menarik kerana bahasa Melayu sudah diajarkan di luar Alam Melayu walaupun Munsyi Abdullah dalam Sejarah Melayu mengatakan bahawa tradisi orang Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu formal, mereka menggunakan bahasa al-Quran namun mereka boleh berbahasa Melayu.

YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan ketika menyampaikan ucap utamanya.

Pada waktu itu juga, bahasa Melayu telah digunakan dalam bidang ekonomi, siasah dan politik, bahkan dalam urusan diplomasi seperti dalam surat atau perjanjian. Sehubungan dengan itu, bahasa Melayu digunakan sebagai wahana kebangsaan ilmu dan kemahiran serta keperluan dalam kehidupan. Secara formalnya pula, bahasa Melayu mula diajarkan sebagai satu mata pelajaran sebagai wahana ilmu.

“Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa termasuklah sebagai asas pembentukan konsep diri manusia, asas pengilmuan manusia, perantaraan perhubungan sosial dan perantaraan pewarisan tamadun.”

Demikianlah antara penerangan oleh YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, dalam ucap utamanya yang berjudul “Isu, Cabaran dan Hala Tuju Pemartabatan Bahasa Melayu”. Program ini bersiaran langsung secara dalam talian menerusi saluran Youtube IPG Kampus Bahasa Melayu melalui Konvensyen Bahasa Melayu (KONBAYU 2021) Peringkat Kebangsaan anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu. Konvensyen ini dirasmikan oleh YBhg. Dr. Rusmini Ku Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia. Program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 27 Julai 2021 hingga 29 Julai 2021.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.