6 Ogos 2021, 14:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Buat julung-julung kalinya, Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-18 (PPA18) yang akan diadakan pada 24 Ogos−26 Ogos 2021 bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila persidangan ini akan dianjurkan buat pertama kalinya dalam suasana kebiasaan baharu, iaitu dilaksanakan secara maya ekoran pandemik COVID-19 yang menular.

Pembentangan secara maya membolehkan para ilmuwan, ahli bahasa, penterjemah, penulis, penerbit, editor, pengajar dan pelajar dari seluruh pelosok dunia bersama-sama dalam program tersebut untuk berkongsi dan bertukar ilmu, idea, pengalaman dan hasil kajian terkini demi meningkatkan kualiti terjemahan secara menyeluruh dan tanpa sempadan.

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa (PPA) yang juga dikenali sebagai International Conference on Translation (ICT) buat pertama kalinya dianjurkan pada tahun 1984 dengan inisiatif oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Persidangan ini ditubuhkan atas kesedaran terhadap peri pentingnya penterjemahan sebagai wahana dalam usaha pemindahan ilmu yang utama bagi membina kemajuan negara dan bangsa.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!