17 Ogos 2021, 16:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

BANGI − Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari ini berjaya menganjurkan Webinar Bahasa Melayu Bahasa Ekonomi: Industri Berasaskan Bahasa. Webinar yang dirasmikan oleh Profesor Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP ini bersiaran secara langsung menerusi aplikasi Zoom.

Webinar ini diadakan bagi mendapatkan input serta pandangan pakar mengenai kaedah atau cara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mempunyai nilai komersial selaras dengan salah satu teras Pelan Strategik DBP 2021-2025, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi.

Selain menampilkan Puan Ainon Mohd, Ahli Lembaga Pengelola DBP sebagai pembentang kertas dasar, terdapat lima orang pembentang dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM yang turut berkongsi kertas cadangan. Antara inti pati pembentangan tersebut termasuklah contoh model pengeksportan bahasa dan budaya dari negara luar untuk panduan, sumber kekayaan baharu yang perlu dibangunkan dan melatih pekerja industri bahasa untuk bertukar ke arah cara pemikiran baharu.

Lima kertas cadangan yang dibentangkan itu meliputi tajuk seperti  “Kerangka Umum Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Teras Industri Berasaskan Bahasa di Malaysia” oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Hakimi Shafiai, “Penguatkuasaan ke Arah Mengindustrikan Bahasa Melayu” oleh Profesor Madya Dr. Noradiva Hamzah, “Modul Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komersial” oleh Profesor Madya Dr. Che Aniza Che Wel, “Repositori Digital DBP Seantero” oleh Profesor Madya Dr. Ruzita Abdul Rahim dan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui DBP sebagai Destinasi Pelancongan Malaysia” oleh Profesor Madya Dr. Norlida Hanim Mohd Salleh.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi