Oleh Nelawati Ngadul
30 Disember 2021, 20:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur − Sastera kebangsaan perlu berteraskan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Demikianlah hasil persetujuan bersama oleh semua panel yang terlibat dalam program Bicara Bahasa dan Sastera Kebangsaan Siri 3.

Bicara yang menutup tirai tahun 2021 ini diterajui oleh Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai moderator turut menampilkan panel hebat seperti Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Dr. Krishanan Ramalingam dan Dato’ Goh Hin San.

Para panel ketika bersiaran secara langsung.

Program yang bersiaran secara langsung pada pagi tadi menerusi Studio Siaran Langsung Media Sosial DBP membicarakan topik yang bertajuk “Bahasa dan Sastera Kebangsaan Milik Bersama”.

Sebagai rakyat Malaysia, setiap warga juga perlu menghormati dan meraikan karya yang ditulis dalam bahasa kaum bukan Melayu, misalnya Cina, lndia dan etnik lain di Sabah dan Sarawak. Karya-karya ini boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu agar dapat dinikmati oleh semua kaum. Kandungan karya-karya bukan Melayu ini juga hendaklah mengangkat latar dan cerita tentang Malaysia.

Sehubungan dengan itu, hasrat dan usaha ini tidak mampu dilakukan oleh satu pihak sahaja. Pihak swasta juga perlu memainkan peranan dengan cara membantu membiayai kerja-kerja menterjemahkan karya-karya berkenaan. Secara tidak langsung, rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disatukan melalui medium sastera.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!