Oleh Maliah Adenan
28 Januari 2022, 15:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUCHING – Persatuan Prihatin Pembangunan Insan Kuching mengadakan Sayembara Hebat Berucap di Bilik Kuliah, Masjid Darul Ibadah, Kampung Semariang Lama, bagi memartabatkan bahasa kebangsaan baru-baru ini.

Sayembara yang berlangsung selama tiga jam ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar berucap dalam bahasa kebangsaan. Selain memperteguh rasa jati diri menerusi penggunaan bahasa kebangsaan, pada masa yang sama sayembara ini juga dapat meningkatkan kemahiran dan keterampilan pelajar yang pada akhirnya akan membentuk pesona  pemimpin generasi baharu yang berwibawa dalam pengucapan awam.

Carlos Dexter Anak Tangga muncul  juara pertandingan Sayembara Hebat Berucap.

Dalam pertandingan tersebut, aspek yang ditekankan termasuklah penggunaan bahasa yang tepat dan betul serta baku tanpa memasukkan bahasa rojak atau slanga. Diksi yang dipilih hendaklah diucap dengan lancar dan jelas, serta pelajar digalakkan untuk membina ayat yang gramatis.

Aspek lain yang turut diberikan penilaian termasuklah isi, keyakinan diri dan persembahan. Siri sayembara seumpama ini dijangkakan akan diadakan di beberapa buah sekolah dan pusat tahfiz di sekitar Kuching dan Miri hingga Oktober nanti.

 

Dalam Sayembara Hebat Berucap ini, Carlos Dexter Anak Tangga muncul sebagai juara pertandingan, naib juara pula disandang oleh Danish Iqram Sulaiman dan tempat ketiga dimenangi oleh Alex Entigar Anak Agak. Ketiga-tiga pemenang merupakan pelajar dari SMK Green Road, Kuching.

Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam Sayembara Hebat Berucap.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!