Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangSecara umumnya, masyarakat pada zaman dahulu terdedah pada pelbagai jenis haiwan, tanaman, alat pertukangan, jenis pakaian, masakan, adat resam, aktiviti sosial, kegiatan ekonomi, dan seumpamanya dalam kehidupan seharian mereka. Hal tersebut menawarkan variasi pengalaman hidup yang menjadi bahan renungan masyarakat. Dengan mata akal yang tajam dan jiwa yang sensitif, masyarakat zaman silam berupaya menyaring inti pati erti segala pengalaman hidup tersebut untuk membentuk Weltanschauung atau pandangan dunia masyarakat.
Pandangan dunia itu seterusnya diolah secara berseni dan kreatif oleh masyarakat untuk menghasilkan peribahasa yang pelbagai rupa. Dalam hal ini, yang menarik ialah meskipun masyarakat menghasilkan peribahasa berdasarkan pengalaman hidup yang berbeza-beza, ada kalanya peribahasa yang rencam itu menggambarkan celik akal pengertian hidup yang sama. Hal ini berlaku demikian mungkin disebabkan nilai dan sikap yang sama didukung bersama oleh masyarakat yang menetap di pelbagai lokasi dan melakukan kerja yang berbeza-beza pada zaman dahulu. Sila lihat contoh yang berikut:
1a. Air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga
1b. Air di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap
1c. Bapa borek anak rintik
1d. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
1e. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi
Semua peribahasa di atas menampilkan pelbagai fenomena hidup yang membawa maksud “anak menurut sifat ibu bapa”. Peribahasa 1a dan 1b berkaitan dengan bentuk rumah, peribahasa 1c berkaitan dengan rumah tangga, peribahasa 1d berkaitan dengan kerja pembuatan kuih, dan peribahasa 1e berkaitan dengan hal masakan. Jika direnungi, terdapat proses atau unsur turutan yang logik dalam hal yang diperkatakan, seperti yang berikut:
Pengertian yang didukung oleh kelompok peribahasa bahasa Melayu tersebut juga diungkapkan oleh peribahasa Inggeris seperti kill two birds with one stone (membunuh dua ekor burung dengan seketul batu). Hal ini menepati pandangan masyarakat Inggeris bahawa great minds think alike, iaitu orang yang bijaksana mempunyai arus aliran fikir yang serupa.
Jika masyarakat zaman dahulu ingin menyatakan maksud “sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai, mereka mungkin melafazkan peribahasa yang berikut:
2a. Sambil menyelam minum air
2b. Sambil berdendang biduk hilir.
2c. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau
2d. Belayar sambil memapan
2e. Seperti serampang dua mata
2f. Sambil berdiang, nasi masak
Peribahasa 2a, 2b, 2c dan 2d berkaitan dengan aktiviti di air, iaitu menyelam, belayar atau berkayuh. Peribahasa 2e berkaitan dengan alat atau senjata “serampang”, manakala peribahasa 2f berkaitan dengan kerja di dapur.
Bagi menggambarkan sikap orang yang tidak tetap pendirian dan mudah dipengaruhi oleh orang lain, terdapat kelompok peribahasa yang seerti, seperti yang berikut:
3a. Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya
3b. Bagai pimping di lereng
3g. Fahamnya bagai getah cair
3h. Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang
3c. Bagai pancang digoncang arus
3d. Baling-baling di atas bukit
3e. Hati bagai baling-baling
3f. Seperti panji-panji, ditiup angin berkibar-kibaran
Bagi menekankan pentingnya kita menjalankan sesuatu hal hingga berjaya, terdapat kelompok peribahasa yang berikut:
4a. Alang-alang berminyak biar licin
4b. Alang-alang mandi biar basah
4c. Alang-alang berdakwat biar hitam
4d. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
4e. Genggam bara api biar sampai menjadi arang
4f. Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau
Bagi menyindir orang yang suka mencerca orang lain sedangkan diri sendiri pun ada kelemahan, dihasilkan sejumlah peribahasa seperti yang berikut:
5a. Bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya arang
5b. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak
5c. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh
5d. Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak (aku) yang lebih
5e. Jaras dikatakan raga jarang
Jika seseorang orang terlalu ingin mengajar orang lain, sedangkan orang lain lebih pandai atau lebih hebat daripadanya, dihasilkan peribahasa seperti yang berikut:
6a. Itik diajar berenang
6b. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai
6c. Mengajar orang tua makan dadih
6d. Orang tua diajar makan pisang
6e. Mengunyahkan orang bergigi
6f. Jangan diajar orang tua makan kerak
Kebanyakan peribahasa bahasa Melayu mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada agar hidup kita selamat di dunia akhirat. Sila lihat contoh yang berikut:
Nasib manusia tidak menentu
Sifat penyabar dapat mengelakkan pertelingkahan
Setiap perbuatan ada akibatnya
Usaha kita tidak akan terus berjaya
Kesilapan yang tidak dapat dibetulkan lagi
Berhati-hati dengan orang yang bermulut manis