Oleh Kho Thong Eng
22 Mac 2022, 11:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kata kerja ialah kata yang menjadi inti dalam frasa kerja yang bersifat endosentrik. Kata kerja biasanya hadir dalam predikat ayat. Terdapat kata kerja transitif dan tidak transitif dalam bahasa Melayu. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dia duduk.
  2. Dia menjalankan
  3. Dia menghadiahi adiknya buku.

Dalam ayat 1, kata kerja tidak transitif “duduk” berada dalam predikat frasa kerja ayat. Dalam ayat 2, kata kerja transitif “menjalankan” diikuti oleh objek tepat “tugas”. Dalam ayat 3, kata kerja transitif dwiobjek “menghadiahi” diikuti oleh objek tepat “adiknya” dan objek sipi “buku”.

Kata kerja boleh diiringi oleh kata bantu, kata nafi dan adverba. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dia akan balik.
  2. Dia harus balik.
  3. Dia masih mahu balik.
  4. Dia tidak bersalah.
  5. Dia bukan belajar, tetapi bermain.
  6. Dia sering datang.

Dalam ayat 4, kata kerja “balik” diiringi oleh kata bantu aspek “akan”. Dalam ayat 5, kata kerja “balik” diiringi oleh kata bantu ragam “harus”. Dalam ayat 6, kata kerja “balik” diiringi oleh kata bantu aspek “masih” dan kata bantu ragam “mahu” sekali gus. Dalam ayat 7, kata kerja “bersalah” diiringi oleh kata nafi “tidak”. Dalam ayat 8, kata kerja “belajar” diiringi oleh kata nafi “bukan” dalam ayat yang bersifat pertentangan maksud. Dalam ayat 9, kata kerja “datang” diiringi oleh kata adverba “sering”.

Kata kerja boleh juga diiringi oleh kata adjektif dan kata kerja. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dia lambat datang.
  2. Kasutnya hitam berkilat.
  3. Burung terbang meninggi.

Dalam ayat 10, kata kerja “datang” diiringi oleh kata adjektif “lambat” yang berfungsi sebagai adverba. Dalam ayat 11, kata kerja “berkilat” berfungsi sebagai adverba kepada kata adjektif “hitam”. Dalam ayat 12, kata kerja “terbang” diiringi oleh kata kerja “meninggi” yang berfungsi sebagai adverba.

Sesetengah kata kerja dapat juga diiringi oleh kata penguat. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dia sangat berwibawa.
  2. Dia amat bertanggungjawab.
  3. Dia sungguh terkejut.
  4. Dia sangat memerlukan
  5. Kejayaannya amat membanggakan (kita).

Dalam ayat 13, kata kerja “berwibawa” diiringi oleh kata penguat “sangat”. Dalam ayat 14, kata kerja majmuk “bertanggungjawab” diiringi oleh kata penguat “amat”. Dalam ayat 15, kata kerja “terkejut” diiringi oleh kata penguat “sungguh”. Dalam ayat 16, kata kerja “memerlukan” diiringi oleh kata penguat “sangat”. Dalam ayat 17, kata kerja “membanggakan” diiringi oleh kata penguat “amat”. Dalam hal ini, kata dasar sesetengah kata kerja tersebut merupakan kata nama (wibawa, tanggungjawab), kata kerja (kejut), kata tugas (perlu) atau kata adjektif (bangga).

Pelengkap ialah kata, frasa atau klausa yang menjadikan maksud sesuatu ayat lengkap. Pada umumnya, pelengkap bersifat wajib. Sesetengah kata kerja transitif dan kata kerja transitif boleh diiringi oleh pelengkap seperti yang berikut:

  1. Dia berbuat
  2. Dia menjadi
  3. Dia berpayungkan
  4. Dia bermastautin di negara itu.
  5. Dia berpendapat bahawa adiknya betul.
  6. Dia bercadang untuk balik.
  7. Dia berharap semoga kawannya berjaya.
  8. Saya menegah adiknya daripada berbuat salah.
  9. Dia bermain

Dalam ayat 18, kata kerja tidak transitif “berbuat” diikuti oleh pelengkap kata adjektif “baik”. Dalam ayat 19, kata kerja tidak transitif “menjadi” diikuti oleh pelengkap kata nama “guru”. Dalam ayat 20, kata kerja tidak transitif “berpayungkan” diikuti oleh pelengkap kata nama “kertas”. Dalam ayat 21, kata kerja tidak transitif “bermastautin” diikuti oleh pelengkap frasa sendi nama “di negara itu”. Dalam ayat 22, kata kerja tidak transitif “berpendapat” diikuti oleh pelengkap klausa komplemen “bahawa adiknya betul”. Dalam ayat 23, kata kerja tidak transitif “bercadang” diikuti oleh pelengkap klausa komplemen “untuk (dia) balik”. Dalam ayat 24, kata kerja tidak transitif “berharap” diikuti oleh pelengkap klausa keterangan harapan “semoga kawannya berjaya”. Dalam ayat 25, kata kerja transitif “menegah” dengan objek “adiknya” diikuti oleh pelengkap klausa keterangan pengecualian “daripada (dia) berbuat salah”.  Dalam ayat 26, kata kerja tidak transitif “bermain” diikuti oleh pelengkap tidak wajib “bola”.

Kata kerja juga boleh diikuti oleh frasa keterangan dan klausa keterangan. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Dia duduk di sana.
  2. Dia membeli yang biru.
  3. Dia mengatakan bahawa dia betul.
  4. Dia duduk untuk merehatkan badan.

Dalam ayat 27, kata kerja “duduk” diikuti oleh frasa sendi nama keterangan “di sana”.  Dalam ayat 28, kata kerja transitif “membeli” diikuti oleh klausa relatif objek “yang biru” yang menjadi penerang dalam frasa nama (inti frasa nama sudah digugurkan). Dalam ayat 29, kata kerja “mengatakan” diikuti oleh klausa komplemen objek “bahawa dia betul”. Dalam ayat 30, kata kerja “duduk” diikuti oleh klausa keterangan tujuan “untuk (dia) merehatkan badan”.

Kata kerja juga dapat menjadi penerang dalam frasa nama. Jika inti frasa nama digugurkan, sesetengah kata kerja seolah-olah menjadi subjek ayat. Malahan, ada kata kerja yang dapat menjadi ayat minimal. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Meja makan itu mahal.
  2. Itulah kolam renang.
  3. Kegiatan berenang ialah hobinya.
  4. Berenang ialah hobinya.
  5. Keluar!

Dalam ayat 31, kata kerja “makan” menjadi penerang dalam frasa nama “meja makan itu” yang menjadi subjek ayat. Dalam ayat 32, kata kerja “renang” menjadi penerang dalam frasa nama “kolam renang” yang menjadi predikat ayat. Dalam ayat 33, kata kerja “berenang” ialah penerang bagi frasa nama “aktiviti berenang” yang menjadi subjek ayat. Dalam ayat 34, kata kerja “berenang” seolah-olah menjadi subjek ayat apabila inti frasa nama “kegiatan” digugurkan. Dalam ayat 35, kata kerja predikat “keluar” menjadi ayat minimal apabila subjek ayat seperti awak atau kamu digugurkan.

Sesetengah kata kerja dapat juga berfungsi sebagai kata sendi nama. Sila lihat contoh yang berikut:

  1. Melalui kajian, alat yang baharu dapat dicipta.
  2. Menerusi perbincangan, masalah itu telah diselesaikan.

Dalam ayat 36 dan 37, kata kerja “melalui” dan “menerusi” berfungsi seperti kata sendi nama “dengan”.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!