Oleh Yusaida Yusof
22 Mei 2022, 10:16

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua urusan melibatkan luar negara termasuklah surat-menyurat mesti menggunakan bahasa Melayu. Perkara itu dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri, ketika berucap merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma DBP, pada pagi ini.

“Semua urusan kerajaan di luar negara perlu menggunakan bahasa Melayu. Saya sendiri menghantar surat kepada para pemimpin dunia menggunakan bahasa Melayu dengan terjemahan bahasa Inggeris sebagai lampiran,” ucapnya di hadapan ratusan hadirin dari dalam dan luar negara yang hadir ke Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

“Saya juga telah memulakan rundingan dua hala dengan menggunakan bahasa Melayu, tidak ada cacatnya rundingan tersebut melalui penggunaan bahasa Melayu. Dalam persidangan juga, saya menggunakan bahasa Melayu, khususnya sewaktu sidang khas ASEAN bersama-sama Presiden Amerika (AS), Joe Biden. Ternyata, mesej yang saya sampaikan jelas diterima oleh Presiden AS walaupun saya berbahasa Melayu,” ucap Perdana Menteri.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!