30 Julai 2022, 15:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Padang Besar-Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitah ingatkan bahawa usaha memartabatkan bahasa Melayu dan sastera tempatan seharusnya dimainkan oleh semua pihak.

Bahasa Melayu pernah diiktiraf sebagai lingua franca suatu ketika dahulu dan dituturkan secara meluas. Malah, bahasa Melayu juga terbukti sebagai bahasa ilmu dan sumber penyatuan bangsa. Manakala sastera Melayu sangat kaya dengan elemen tempatan yang menjadikannya begitu unik di mata dunia.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat menghadiri “Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan Ke-18 Bagi Tahun 2022” yang diadakan di Masjid Al Nur, Kampung Chantik, Padang Besar (Utara) baru-baru ini.

Sempena program tersebut Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM12 000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid tersebut untuk diagihkan melalui amilnya Ustaz Mohd Fadzil Seman. Setiap seorang akan menerima RM400.

Menyentuh mengenai kepentingan keupayaan bahasa Melayu di persada antarabangsa, Tuanku Syed Faizuddin Putra menitahkan bahawa bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sastera Melayu pula menjadi warisan dan teras negara bangsa sejak zaman-berzaman.

Jelas Tuanku Raja Muda lagi,

Kita sememangnya perlu berbangga dengan karya agung terdahulu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lainnya. Inti pati karya sastera tempatan ini sebenarnya sarat dengan elemen nilai yang menjadi lambang jati diri Melayu.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!