6 Ogos 2022, 13:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Phuket – Bersempena dengan Program Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama Delegasi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ke Wilayah Phuket, Thailand, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekali lagi mengadakan Program Jawi DBP, iaitu bengkel tulisan dan ejaan Jawi kepada 20 orang guru dari beberapa buah sekolah di sekitar Wilayah Phuket, Thailand pada pagi ini. Para peserta bengkel amat bertuah kerana Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan mencemar duli berangkat ke bengkel tersebut.
Bengkel itu dibimbing oleh Munsyi Jawi Dewan, Ustaz Sabri Azit yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai.
DYTM Tuanku Raja Muda Perlis bersama-sama dif-dif kenamaan yang lain.

Selain itu, menerusi program tersebut juga diadakan Ceramah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu yang disampaikan oleh Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi,  Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP.

Sebahagian daripada peserta bengkel yang hadir dalam Program Jawi DBP bergambar bersama-sama DYTM Raja Muda Perlis.
DYTM Raja Muda Perlis menyampaikan penghargaan kepada peserta yang menyertai Bengkel Perkaedahan Tulisan Jawi Dewan.
Ustaz Sabri Azit sedang membimbing Bengkel Perkaedahan Tulisan Jawi Dewan menerusi Program Jawi DBP.

Menurut Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP, matlamat program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkaedahan tulisan Jawi  yang diselaraskan oleh DBP. Beliau juga menyatakan kesediaan DBP untuk melatih guru-guru yang terpilih untuk menjadi Munsyi Jawi di Wilayah Phuket dan wilayah lain di Selatan Thailand. Di samping mempromosikan tulisan Jawi, program itu juga ialah satu usaha yang dilaksanakan oleh DBP untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!