23 September 2022, 11:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi –Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengadakan Kongres Antarabangsa Pemerkasaan Bahasa dan Tamadun Alam Melayu yang bertemakan “Memperkasa Bahasa dan Tamadun Alam Melayu” pada 28 September 2022 hingga 29 September 2022. Program selama dua hari secara bersemuka ini akan berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.00 petang di Bilik Senat dan Bilik Majlis Bangunan Canselori, UKM, Bangi.

Bagi yang berminat, yuran pendaftaran untuk peserta ialah sebanyak RM40.00 untuk seorang pelajar, RM100.00 untuk tiga orang pelajar dan RM80.00 untuk seorang dewasa. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB 8002234307 atas nama Universiti Kebangsaan Malaysia. Yuran tersebut meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan bahan seminar selama dua hari (tidak termasuk penginapan). Walau bagaimanapun, para peserta bolehlah menginap di hotel berdekatan dengan UKM seperti Bangi Resort Hotel dan Tenera Hotel.

Kongres ini merupakan platform perkongsian pintar tokoh-tokoh ilmuwan dalam bidang bahasa dan tamadun Alam Melayu kepada masyarakat, khususnya generasi muda. Selain itu, kongres ini juga diadakan untuk menyampaikan resolusi berkenaan strategi dan inisiatif yang dapat dilaksanakan dalam agenda pemerkasaan bahasa dan tamadun Alam Melayu.

Sementara itu, pada tahun 1970, UKM telah berjaya ditubuhkan sebagai universiti unggul yang berteraskan kewatanan yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu yang beracuan budaya kebangsaan, iltizam memperkasakan bahasa dan nilai ketamadunan Alam Melayu menerusi program ini yang sekali gus merealisasikan hasratnya sebagai pendahulu dalam memartabatkan bahasa Melayu dan tamadun Alam Melayu serta mengangkat nilai tamadun watan ke persada antarabangsa.

Sehubungan dengan itu, sebarang maklumat lanjut berkaitan dengan kongres ini boleh diperoleh dengan menghubungi pegawai yang bertugas, iaitu Encik Shafiq menerusi talian 013-3338257.

Atur cara Kongres Antarabangsa Pemerkasaan Bahasa dan Tamadun Alam Melayu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.