Oleh Rusdi Awang
26 September 2022, 10:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Wilayah Persekutuan Labuan Sebanyak 20 pasukan telah menyertai Pertandingan Jelajah Bahasa bersempena dengan Program Dekad Bahasa (DBK) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan semalam di Anjung Budaya Perbadanan Labuan yang bermula pada pukul 7.00 pagi.

Pertandingan ini melibatkan tiga hentian, iaitu Muzium Taman Chimney, Pusat Sukan Laut dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Kampus Antarabangsa Labuan(KAL). Di setiap hentian, para peserta diberikan tugasan yang berbentuk kebahasaan seperti peribahasa dan teka teki bahasa.

Dalam pertandingan tersebut, tempat pertama menjadi milik kumpulan SITC, yang menerima hadiah wang tunai bernilai RM1500. Naib juara pertandingan pula dimenangi oleh kumpulan OPTIMIS yang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM1000.00 dan RM800 untuk Kumpulan KERUPANG THUNDERS sebagai pemenang tempat ketiga, manakala hadiah sagu hati sebanyak RM500 diberikan kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan FIRE, THE RUNNER dan MENTOS.

Encik Rusdi Awang, Timbalan Pengarah I DBP Cawangan Sabah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pelepasan konvoi para peserta telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Rithuan Hj. Mohd Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Pengurusan). Yang turut hadir ialah Encik Rusdi Awang, Timbalan Pengarah I DBP Cawangan Sabah, Encik Fadilah Hj. Mohammad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Puan Jennitah Noordin, Timbalan Pengarah II DBP Cawangan Sabah dan Puan Haslizah Hassan, Ketua Unit Perpustakaan Awam Perbadanan Labuan.

Para peserta Pertandingan Jelajah Bahasa mendengar taklimat.
Para pemenang Pertandingan Jelajah Bahasa bergambar kenangan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.