Oleh Julianah Kuli
7 Oktober 2022, 19:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Ranau – Ceramah Bersahabat dengan Kamus (BdK) siri yang ke-12 dan ke-13 telah berjaya dilaksanakan di SMK Mat Salleh, Ranau pada 5 dan 6 Oktober 2022. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Julianah Kuli, Ketua Unit Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Siri ceramah ini diadakan bersempena dengan Festival Seni dan Alam (FESA) dengan tema “Alam dilestari, Seni Dijiwai” di Kundasang, Sabah.

Kedua-dua siri ceramah BdK ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, iaitu disertai oleh 120 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan enam. Selain pelajar dari SMK Mat Salleh Ranau, ceramah ini turut disertai oleh pelajar dari sekolah SMK Bundu Tuhan, SMA Al-Irsyadiah, SMK Ranau dan SMK Ulu Sugut.

Para peserta dari SMK Bundu Tuhan, SMA Al-Irsyadiah, SMK Ranau, SMK Ulu Sugut dan SMK Mat Salleh bergambar kenangan.

Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang fungsi kamus, cara menggunakan kamus dengan betul, dan memberikan maklumat bahawa DBP menerbitkan pelbagai kamus ekabahasa, kamus dwibahasa, kamus istilah dan kamus bahasa sukuan Sabah, sekali gus membantu meningkatkan jualan kamus DBP, terutamanya kamus terbaharu terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang autentik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.