28 Oktober 2022, 17:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya Sebanyak 191 pegawai awam/warga JPA menerima watikah pelantikan dan pentauliahan Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam bagi tahun 2019 hingga 2022 pada hari ini. YBhg. Dato’ Ts. Kamel Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) dalam ucapan perasmiannya menyeru agar Munsyi Muda Bahasa menjadi penggerak aktiviti kebahasaan di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing dalam rangka menyokong pembangunan modal insan berteraskan bahasa kebangsaan.

Jelasnya, Munsyi Muda Bahasa sewajarnya menjadi daya pendorong utama dalam penganjuran aktiviti kebahasaan berskala luas agar agenda kebahasaan ini berupaya menyuntik semangat warga kementerian, agensi dan jabatan untuk bersama-sama dalam menggunakan bahasa kebangsaan secara bermutu.

Penyampaian Sijil Pentauliahan Munsyi Muda (Perkhidmatan Awam).

Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor kerajaan sering kali menjadi penanda aras bagi sektor swasta, malahan pihak di luar negara yang berniat untuk mengamati atau menggunakan bahasa Melayu. Dengan bertambahnya jumlah pegawai awam yang menjadi pemangkin penggunaan bahasa kebangsaan yang betul, saya berharap agar mutu penggunaan bahasa Melayu semakin diperkasakan di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

Munsyi Muda Bahasa merupakan perujuk bahasa yang dilahirkan melalui kursus khas pensijilan perujuk bahasa sektor awam kerjasama INTAN dan DBP sejak tahun 2015.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.