15 Disember 2022, 20:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Buku Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang ditangani oleh YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, iaitu Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, selaku editornya telah dilancarkan dengan jayanya pada pukul 10.00 pagi tadi di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis pelancaran buku ini diadakan bersempena dengan Syarahan Khas SN Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, iaitu Mantan Pengarah ATMA ke-2, bersempena dengan sambutan Jubli Emas ATMA Ke-50 yang diadakan oleh ATMA, UKM.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, iaitu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, UKM, SN YBhg. Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, mantan Pengarah ATMA, para pegawai UKM dan para tetamu undangan.

Buku Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia.

Buku Kesantunan Bahasa Etnik-etnik Utama di Malaysia ini berteraskan penyelidikan dalam usaha memperkukuh perpaduan pelbagai etnik warganegara Malaysia. Buku ini berfokus pada unsur kesantunan bahasa etnik utama yang meliputi etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazandusun.

Daripada kajian perbandingan yang dilakukan, terdapat persamaan yang besar dari aspek sistem sapaan dan ungkapan fatis. Paparan perbandingan kesantunan bahasa lima etnik utama ini dapat memperkukuh penghayatan segenap lapisan masyarakat  tentang kesantunan bahasa yang perlu senantiasa dipupuk untuk menjulang tamadun bangsa dan pembentukan negara bangsa.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.