17 Januari 2023, 21:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jawaharlal Nehru University (JNU), India, telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) untuk menubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu di School of Language, Literature and Cultural Studies, JNU pagi tadi yang berlangsung di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.

Menurut Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, penubuhan kursi ini adalah untuk menyokong usaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menggalakkan ahli akademik, mahasiswa dan warga universiti memperkaya dan memperluas bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu di serata dunia.

Mesyuarat pengurusan universiti telah meluluskan kertas kerja penubuhan kursi ini pada 2 Ogos 2022 dan melantik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai pusat yang bertanggungjawab untuk bertindak sebagai penyelaras kursi.

Kursi Pengajian Tamadun Melayu di JNU, India, ini akan berperanan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menerusi aktiviti kolaborasi penyelidikan, penerbitan bersama, pengajaran dan persidangan dan jaringan strategik antara kedua-dua universiti awam di negara masing-masing.

Pada majlis tersebut, Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman  dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, UKM, Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani mewakili UKM dalam menandatangani MoA tersebut. Sementara itu,  JNU pula diwakili oleh Naib Canselornya, YBhg. Prof. Santishree Dhulipudi Pandit dan Pro-Canselor Universiy of Cyberjaya, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan.

Majlis menandatangani MoA ini telah disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, H.E. Mr. B.N. Reddy.

Majlis yang berlangsung di Bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM ini juga disiarkan secara dalam talian melalui laman Facebook ATMA, https://www.facebook.com/InstitutAlamDanTamadunMelayu/videos/710368707402663.

Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.