27 Mei 2023, 11:11

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sabah – Program Bersahabat dengan Kamus Siri 2/2023 yang diadakan di Dewan SMK Gunsanad II Keningau pada 26 Mei 2023 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila sebanyak 434 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5, serta beberapa orang guru telah menghadiri program tersebut.

Terdahulu dalam ucapan pembukaannya, Cikgu Jeffri Ab.Hamid, iaitu Ketua Bidang Bahasa SMK Gunsanad II mengatakan bahawa sememangnya kamus tidak asing lagi dalam kalangan pelajar. Namun begitu, mereka hanya mengetahui fungsi asasnya sahaja tanpa mengetahui fungsi kamus itu secara lebih mendalam.

Sehubungan dengan itu, Puan Julianah Kuli, Ketua Unit Pembinaan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah diundang untuk mengendalikan sesi ceramah dan aktiviti program tersebut.

Melalui sesi ceramah itu, pelbagai maklumat tentang perkamusan telah disampaikan dan antaranya termasuklah asas mentakrif entri kamus, cara penggunaan kamus yang betul dan penerangan maklumat yang lebih terperinci dalam kamus.

Pada kali ini, program Bersahabat dengan Kamus  telah diadakan serentak dengan Kajian Penggunaan Bahasa Kebangsaan di tempat awam di Daerah Keningau yang dilaksanakan oleh Unit Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP Cawangan Sabah yang bermula pada 24 Mei 2023 hingga 26 Mei 2023.

Semasa menyampaikan ucapan penutupan, Pengetua SMK Gunsanad II, Encik Ng Min Hoo @ Mike Eping menyampaikan rasa terima kasihnya kepada DBP Cawangan Sabah, khususnya Unit Pembinaan Bahasa dan Sastera atas kerjasama dalam mengendalikan program tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa para pelajar SMK Gunsanad II bertuah kerana berkesempatan untuk mengikuti program ilmu yang bermanfaat seperti itu.

Program tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar beramai-ramai.

Puan Julianah Kuli sedang menyampaikan ceramah kepada para pelajar.
Aktiviti mencari istilah dengan pantas.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.