Oleh Kho Thong Eng
30 Ogos 2024, 09:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanda sempang (hyphen) atau sengkang ialah tanda pendek yang melintang untuk menghubungkan bahagian kata. Tanda sempang perlu digunakan apabila terdapat bentuk yang berbeza dalam kata. Contohnya ialah kata sempang digunakan untuk menghubungkan huruf besar dengan huruf kecil dalam kata. Ada kalanya tanda sempang digunakan untuk menghubungkan bentuk yang sama dan berkaitan rapat. Hal ini meliputi imbuhan, kata tunggal, kata majmuk dan singkatan. Sila lihat contoh yang berikut:

Huruf Kecil+

 Huruf Besar

Huruf Besar +

Huruf Kecil

Huruf Besar + Huruf Besar Huruf Kecil + Huruf Kecil
se-Tanah Melayu PhD-nya CD-ROM al-wadiah
pro-Amerika DNA-nya MS-DOS alat pandang-dengar
pra-Islam USB-mu dubel-buta
Anglo-China kad ATM-nya laissez-faire
Indo-Belanda TV-ku avant-garde
anti-Amerika ID-nya  
pan-Asia asid P-aminobenzoik
hamba-Mu
insya-Allah
al-Quran
Umar bin al-Khattab
pasca-Perang Dunia Kedua
pasca-Revolusi Industri

Tanda sempang digunakan untuk menghubungkan singkatan atau simbol dengan kata tunggal dalam kata. Sila lihat contoh yang berikut:

Singkatan + Kata Tunggal Simbol + Kata Tunggal
P-ekonomi X-ray
K-ekonomi sinar-X
e-panggilan, e-dagang, e-kios

Tanda sempang digunakan untuk menghubungkan huruf dengan angka dalam kata. Sila lihat contoh yang berikut:

Angka di Hadapan Angka di Tengah Angka di Belakang
20-an glukosa-1-fosfat ke-21
32-bit asid S-2-amino-3-fluoropanoik COVID-19
6-aminopenisilanik
1-klorobutana

Ada kalanya terdapat dua tanda sempang pada kata. Hal ini berlaku kerana imbuhan ditambah pada kata yang sedia terdapat tanda sempang. Sila lihat contoh yang berikut:

Imbuhan Kata Dasar yang Terdapat Tanda Sempang Kata dengan Dua Tanda Sempang
pasca- COVID-19 pasca-COVID-19
meN- X-ray meng-X-ray
di- X-ray di-X-ray
meN-…-kan e-mel meng-e-melkan
di-…-kan e-mel di-e-melkan

Ada kata yang terdapat dua tanda sempang kerana apitan diselitkan oleh kata dasar yang berbentuk huruf besar sepenuhnya.  Sila lihat contoh yang berikut:

Imbuhan Singkatan Berhuruf Besar Kata dengan Dua Sempang
meN-…-kan DNA men-DNA-kan
di-…-kan DNA di-DNA-kan

Jika sesuatu kata terpisah dua di hujung baris, tanda sempang digunakan untuk menandakan pemisahan yang berlaku disebabkan penggantian baris. Sila lihat contoh yang berikut:

Contoh kata:                         berkata

Hujung baris pertama:         ber-

Awal baris kedua:                kata

Tanda sempang digunakan untuk tujuan menegaskan ejaan atau sebutan kata tertentu, jika perlu. Sila lihat contoh yang berikut:

Contoh kata 1:                      batok, batuk

Penegasan ejaan:               b-a-t-o-k, b-a-t-u-k

 

Contoh kata 2:                      berevolusi

Penegasan ejaan:                ber-evolusi, ber-revolusi (+peleburan satu bunyi [r])

 

Contoh kata 3:                      langit

Penegasan sebutan:           [la-ngit], bukan [lan-git]

Tanda sempang juga digunakan untuk menandakan pertuturan yang tidak lancar.  Sila lihat contoh yang berikut:

“T-t-takkanlah dia tidak tahu!” kata Bidin.

Tanda sempang digunakan untuk menghubungkan angka yang berbeza fungsi.  Sila lihat contoh yang berikut:

Nombor telefon:       03-2346000

Nombor akaun:        21730-82-1345

Walau bagaimanapun, tanda sempang tidak berkaitan dengan angka Rumawi.  Contohnya ialah Perang Dunia II, Perang Dunia Ke-2, Perang Dunia Kedua.

Tanda sempang juga digunakan untuk menandakan imbuhan.  Sila lihat contoh yang berikut:

Awalan Akhiran Apitan Sisipan
meN- -an meN-…-i -el-
meng- -i men-…-i -em-
di- -kan di-…-kan -er-
se- beR-…-kan -in-

Tanda sempang terdapat pada kata tunggal tertentu.  Contohnya ialah kata go-kart, avant-garde, hi-fi, post-mortem dan laissez-faire.

Tanda sempang juga biasanya dikaitkan dengan kata ganda.  Hal ini meliputi kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berima.  Sila lihat contoh yang berikut:

Kata Ganda Penuh Kata Ganda Separa Kata Ganda Berima
jalan-jalan bantu-membantu kuih-muih
besar-besar berpeluk-pelukan gunung-ganang
kaki judi-kaki judi

(kata majmuk kiasan)

mencari-cari,

cari-mencari

awang-gemawang
sibur-sibur

(kata ganda semu)

zaman-berzaman, berzaman-zaman ipar-lamai
buah-buahan

(kata ganda berakhiran)

tertanya-tanya berulang-alik
tali-temali

(kata ganda bersisipan)

kekuning-kuningan
ditanya-tanya
sebaik-baik
berolang-aling
turun-menurun
lama-kelamaan

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.