Oleh Salmiyah Harun
6 September 2024, 10:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Peristilahan bagi anggota pertahanan, iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang konsisten hanya dalam dokumen rasmi latihan bagi memudahkan kerjasama yang terjalin.

Puan Siti Balqis Salehudin menjelaskan bahawa proses penggabungan tidak sama dengan makna istilah yang digunakan oleh orang awam.

Menurut Puan Siti Balqis Salehudin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kertas yang bertajuk Istilah Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Satu Perbandingan, beliau menyatakan bahawa penggunaan istilah ini dihasilkan dengan kerjasama antara dua agensi tersebut agar orang awam tidak melakukan kesalahan penggunaan istilah dan terjemahan tersebut.

Bercakap semasa sidang lima dalam Persidangan Antarabangsa Peristilahan (PERANTIS) 2024 hari ini, penggunaan istilah seperti  ambush yang digunakan oleh ATM dan PDRM berasal daripada perkataan bahasa Inggeris kuno, iaitu ambuscade. Dalam Kamus Cambridge terbitan tahun 2015, ambush diterjemahkan sebagai serang hendap atau serbuan.

“Penggunaan istilah bagi ATM dan PDRM yang mengalami proses penggabungan tidak sama dengan makna istilah yang digunakan oleh orang awam,” katanya.

Namun, ujarnya sebanyak 85 peratus daripada data istilah ATM yang diaplikasikan dalam gerak kerja organisasi adalah berunsurkan istilah asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Manakala PDRM pula, merekodkan penggunaan dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Istilah halt diterjemahkan sebagai berhenti. Asal-usul istilah halt ini berasal daripada perkataan Jerman lama, iaitu halter. Dari sudut sosial kententeraan dan kepolisan, istilah halt dilihat sebagai arahan yang cenderung digunakan berbanding berhenti (stop).

Menurut Puan Siti Balqis, hal ini dinilai dari sudut pandangan implisit yang berkaitan dengan unsur disiplin kawalan dan ketepatan koordinasi. Istilah messnight sebagai contoh merujuk acara atau majlis makan malam rasmi yang diadakan mengikut tradisi dan etika ketenteraan yang disebut Makan Malam Regimental.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.