Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKota Kinabalu – Hadiah wang tunai berjumlah RM1,600 ditawarkan untuk 13 orang pemenang dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Si Cilik bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024.
Pertandingan yang merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah ini terbuka kepada murid sekolah rendah tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.
Tarikh tutup penyertaan yang pada awalnya adalah pada 1 November 2024 dilanjutkan sehingga 5 November 2024 dan pertandingan tersebut akan berlangsung pada 9 November 2024 (Sabtu), pada pukul 8.30 pagi di Institut Latihan Perindustrian Labuan.
Pihak penganjur menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh para peserta pertandingan seperti yang berikut:
Terdapat beberapa aspek akan dinilai oleh para hakim sepanjang pertandingan ini berlangsung seperti:
Bil. | Aspek | Markah Penuh |
1. | Teknik persembahan (menarik/tenang/yakin) | 30 |
2. | Bahasa dan kelancaran (vokal/intonasi/nada) | 30 |
3. | Penghayatan sajak | 20 |
4. | Kreativiti (kostum/alatan bersesuaian) | 20 |
Markah Penuh | 100 |
Murid sekolah rendah tahap 1 yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menyemak syarat pertandingan, meneliti sajak yang boleh dideklamasikan dan mengisi borang penyertaan dengan mengimbas kod QR di poster atau melalui pautan https://drive.google.com/drive/folders/1BGxNDvOmONJHQGd0bzIgUQp-XQW8NmgZ?usp=sharing
Bagi murid, ibu bapa dan guru yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pertandingan ini, boleh menghubungi pegawai berkenaan sama ada melalui telefon ataupun e-mel seperti yang berikut:
Unit Penerbitan Buku dan Majalah,
Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah,
Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88400 KOTA KINABALU.
(u.p.: Puan Nada Haifaa binti Remlle)
No. Tel.: 013-261 1456
E-mel: [email protected]