Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pemidato dari Universiti Malaya, Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairull muncul sebagai Johan bagi Pertandingan Pidato Pahlawan 2024 yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baru-baru ini.
Pertandingan yang dianjurkan buat kali pertama adalah bersempena dengan Pesta Konvosari anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Sebanyak 15 orang peserta dari lapan buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah berentap bagi merebut gelaran Johan Pidato Pahlawan yang membawa tema ”Teladani Pahlawanmu, Cintai Negaramu” adalah bertujuan untuk menerapkan unsur patriotisme dalam kalangan mahasiswa.
Panel hakim berpendapat bahawa prestasi pemidato adalah sangat sengit dan keputusan dilakukan berdasarkan penyampaian dan ketepatan hujah yang paling berkualiti dan matang. Oleh itu, sebanyak lima orang pemidato yang mendapat markah tertinggi telah membawa pulang wang tunai dan sijil pencapaian.
Naib johan disandang oleh Muhammad Idham Hafizie Zainuddin dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, tempat ketiga pula menjadi milik Muhammad Afiq Putra Muhammad Ariffen dari Universiti Malaya, manakala tempat keempat diberikan kepada Muhammad Amir Aqqim Mohd Nizam dan tempat Kkelima pula menjadi milik Muhammad Faizal Isahak dari Universiti Tun Abdul Razak.