17 Disember 2024, 22:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menegaskan bahawa sebuah hantaran poster yang kini sedang tular di pelbagai platform media sosial tentang peribahasa Melayu “Kembang Tekak” yang menggunakan logo DBP Malaysia bukanlah kandungan rasmi yang dimuat naik oleh pihak mereka.

Tegas DBP,

Kewujudan poster tersebut boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan nama baik DBP sebagai sebuah institusi kerajaan yang bebas daripada sebarang pengaruh luar, terutamanya isu yang menyentuh sensitiviti raja, agama, perkauman dan politik.

Sehubungan dengan itu, DBP memohon kepada pihak yang berkenaan agar segera menghentikan hantaran dan perkongsian yang berkaitan dengan poster tersebut di samping memastikan poster tersebut dipadamkan daripada akaun media sosial masing-masing dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kenyataan media ini dikeluarkan.

DBP turut memberikan amaran bahawa sekiranya pihak terbabit gagal mengambil tindakan yang sewajarnya, mereka tidak akan teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan selanjutnya, termasuklah tindakan undang-undang.

Poster “Kembang Tekak” palsu.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.