Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 4 Oktober 2024, 11:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
YBrs. Dr. Rusmadi Baharudin ketika menyampaikan ucapan dalam Ceramah Umum JKTBM, semalam.

Melaka Tengah – Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) merupakan wadah bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperkenalkan dan menyebarluaskan maklumat tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab JKTBM.

Demikian menurut Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera DBP, YBrs. Dr. Rusmadi Baharudin selaku wakil Ketua Pengarah dalam majlis perasmian Ceramah Umum JKTBM 2024 kali ke-2.

JKTBM ditubuhkan pada tahun 1972 dengan tugas utamanya merancang dan memantapkan bahasa, serta menetapkan pedoman dan panduan penggunaan bahasa yang baik dan betul agar martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu akan terus terpelihara. Ahli JKTBM terdiri daripada tokoh yang berwibawa dan dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk menasihati kerajaan berkaitan dengan dasar dan perancangan bahasa kebangsaan.

Tambah beliau lagi,

Antara hasil kerja JKTBM termasuklah menyusun dan menerbitkan beberapa pedoman dan panduan bahasa, khususnya Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, Panduan Penyusunan Kamus Istilah, dan Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi.

YBrs, Dr. Kartini Mutalib mengajak masyarakat Malaysia menggembleng tenaga demi memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara.

Pada masa yang sama, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Perempuan Melayu Melaka, YBrs, Dr. Kartini Mutalib yang menyatakan bahawa program seperti ceramah umum JKTBM ini mampu melahirkan graduan berpendidikan yang dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik dan menggunakannya secara tepat dan betul. Beliau juga menegaskan agar masyarakat Malaysia peka dan berusaha menggembleng tenaga demi memartabatkan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara.

 

Turut hadir dalam program ini termasuklah Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Puan Fauzilahyatun Mustafa, Pengarah DBP Wilayah Selatan, Tuan Haji Mohd Riduwan Wahab, Ahli JKTBM merangkap penceramah bagi Ceramah Umum JKTBM 2024 kali ke-2, YBrs. Dr Zaharani Ahmad, Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP, Encik Mohd Fadzli Tajuid, warga (IPGK) Perempuan Melayu Melaka dan pegawai DBP.

Kredit Foto: Zaidah Zakaria
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi