Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangCyberjaya – Hadiah Bahasa yang pernah dianjurkan pada tahun 1985, iaitu 40 tahun lalu akan dihidupkan kembali bagi memartabatkan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaannya dalam masyarakat.
Hadiah Bahasa bertujuan menghargai serta menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik khususnya dalam penulisan dan komunikasi.
Program ini merangkumi pertandingan dengan tawaran hadiah yang menarik bagi peserta yang menunjukkan kemahiran berbahasa kebangsaan yang terbaik.
Demikian menurut Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama wakil syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia Malaysia (MMU), semalam.
Hadiah Bahasa merupakan inisiatif Public Bank Berhad (PBB) yang turut berusaha mendidik masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan dalam kehidupan seharian.
Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan bahawa ketika berada dalam kerajaan dahulu, Hadiah Bahasa telah dimulakan pada peringkat universiti, kolej, sekolah menengah, sekolah rendah kebangsaan, serta sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.
Hadiah Bahasa untuk mempromosi bahasa dan saya mengucapkan terima kasih kerana Hadiah Bahasa ini dihidupkan semula,” ujarnya yang dipetik daripada BeritaTV3.
Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Menteri Kewangan II, Yang Berhormat (YB) Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan, YB Puan Lim Hui Ying.