Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 9 April 2025, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Guru Pakar Jauhari Digital dan Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hua, Seremban, Encik Muhammad Syazwan Samsol Kahar menyarankan penggunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) oleh para guru bagi meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam kalangan murid di sekolah.

Menurut beliau, pihaknya cuba mengangkat bahasa Melayu standard pada tahap global melalui syarikat Google Global dan Google Malaysia. Beliau mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada Syarikat Google dengan menggunakan aplikasi Gemini bagi mengesan masalah pertuturan dan reaksi murid apabila berinteraksi secara langsung dengan AI.

Guru Pakar Jauhari Digital dan Ketua Panitia Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hua, Seremban,  Encik Muhammad Syazwan Samsol Kahar membentangkan kertas kerja  yang bertajuk “Pengajaran Bahasa Melayu melalui Videografi AI dan Chatbox AI”.

Beliau turut berkongsi video anak muridnya yang berbangsa Cina dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih dan jelas hasil daripada pembelajaran melalui aplikasi Gemini.

Anak murid saya tahun dua dari SKJC yang tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu, saya latih dari awal bulan Januari, kini dapat bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik hasil daripada motivasi yang diberikan.

Yang turut hadir dalam program ini termasuklah Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, YBrs. Encik Abang Haliman Abang Julai, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, YBrs. Dr. Azizul Haji Ismail, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, YBrs. Profesor Madya Dr. Hazlina Abdul Halim, Presiden Pertubuhan Tulir Malaysia, YBhg. Profesor Dr. Vijayaletchumy Subramaniam, Customer Success and Adoption Lead, K12 Google for Education, Google Malaysia, YBrs. Puan Fairuz Nadira Zainal dan Timbalan Ketua Editor Bahagian Majalah DBP, Puan Aninah Janang.

Kredit Foto: Mohd Farid Januddin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi