Diterbitkan pada 29 April 2025, 20:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Melalui mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JKPBK), ahli JKPBK telah merancang langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dengan memastikan penggunaan bahasa yang betul dan baik dalam semua bidang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Mesyuarat JKPBK Bilangan 1 Tahun 2025 yang dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Urus setia JKPBK telah dipengerusikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada hari ini.

JKPBK yang ditubuhkan sejak tahun 2010 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur mula bergerak aktif pada peringkat kementerian dan kerajaan negeri dengan agenda memartabatkan bahasa kebangsaan. Pelbagai program berimpak tinggi telah dianjurkan sejak Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Antara karyawan DBP yang terlibat dalam mesyuarat pada hari ini.

Hasrat dan komitmen kerajaan melalui setiausaha kerajaan negeri untuk memperkasakan bahasa Melayu di dalam negara, khususnya dalam setiap urusan rasmi sentiasa digerakkan secara aktif oleh JKPBK dari semasa ke semasa.

Selain itu, Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan turut menyokong usaha memperkasakan bahasa kebangsaan melalui kegiatan yang dirancang oleh kementerian, jabatan dan kerajaan negeri.

Dari kiri, YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP; YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; dan YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Turut serta dalam mesyuarat tersebut, YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; YBhg. Dato’ Ahmad Suhaimi Endut, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan; YBrs. Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP serta wakil daripada pelbagai kementerian dan kerajaan negeri.

Kredit Foto: Hanafi Mohd Yusof
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi