Diterbitkan pada 22 Mei 2025, 20:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bandar Seri Begawan – Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Yang Berusaha (YBrs.) Tuan Haji Md Johari bin Hasan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam, semalam.

Delegasi DBP yang disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, YBhg. TYT Datuk Mohd Aini bin Atan (tengah).

Delegasi DBP yang disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Yang Berbahagia (YBhg.) Tuan Yang Terutama (TYT) Datuk Mohd Aini bin Atan ini bertujuan untuk memaklumkan tentang program kerjasama kebahasaan serantau, iaitu Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Selain itu, perkara yang turut dibincangkan termasuklah ruang dan peluang kerjasama dalam usaha mengembangkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu khususnya pada peringkat ASEAN.

Kunjungan ini diadakan bersempena dengan kehadiran delegasi DBP Malaysia ke Forum Ketua MABBIM ke-2 yang berlangsung pada 21 hingga 24 Mei 2025 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Bandar Seri Begawan.

Delegasi Malaysia yang turut hadir termasuklah Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP, Encik Mohd Fadzli bin Tajuid; dan Perancang Bahasa, Puan Nor Atikah binti Buang.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi