Diterbitkan pada 13 Jun 2025, 09:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur − Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera berkolaborasi dengan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dalam usaha menangani pengabaian penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul khususnya pada paparan iklan di tempat awam.

Bagi merealisasikan usaha tersebut, satu kunjungan hormat bahasa yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP, Encik Rahimi bin Arifin telah diadakan, semalam. Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh tiga orang pegawai dari DBP, manakala pihak MBPJ diwakili oleh Pengarah Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan dan Usahawan, Puan Sharinaz binti Samsudin; Penolong Pengarah Unit Tred, Khairul Asyraf bin Rusli;  ⁠Penolong Jurutera, Encik Mohammad Noor Syafiq bin Jamaluddin dan Puan Noor Hazidah binti Kaderan.

Sesi taklimat yang disampaikan sepanjang semasa kunjungan hormat berlangsung.

Dalam kunjungan ini turut dibincangkan tentang penyelarasan kerja yang berkaitan dengan pengesahan dan kelulusan iklan, mengenal pasti dan mencadangkan penyelesaian terhadap isu dan cabaran yang wujud di MBPJ. Kedua-dua pihak juga telah mengenal pasti kes pemalsuan Sijil Pengesahan Bahasa DBP yang melibatkan pemalsuan visual iklan, teks iklan dan nombor pengesahan DBP.

Kunjungan hormat bahasa ini menjadi titik permulaan kepada hubungan strategik yang lebih erat antara DBP dengan MBPJ ke arah usaha dan kerjasama dalam memartabatkan bahasa Melayu terutamanya di tempat awam, di samping dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dalam kalangan masyarakat.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan DBP, Encik Rahimi bin Arifin menyampaikan cenderamata kepada Pengarah Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan dan Usahawan, MBPJ, Puan Sharinaz binti Samsudin,
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi