Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBatu Pahat – Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang di Batu Pahat Johor muncul sebagai juara sekali gus melayakkan diri dalam Pertandingan Forum Remaja MADANI Peringkat Kebangsaan 2025.
Pertandingan Akhir Forum Remaja MADANI Peringkat Negeri Johor 2025 yang telah berlangsung di Sekolah Menengah Tinggi Cina, Batu Pahat, Johor merupakan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ).
Forum ini merupakan satu daripada inisiatif dalam mencapai Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu oleh kerajaan bagi mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan seragam.
Penggunaan bahasa Melayu terutama dari aspek sebutan baku dalam kalangan murid selain dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap serta berkesan dalam semua bidang terutama dalam proses intelektual murid.

Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Forum Remaja MADANI Peringkat Negeri Johor 2025 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Yang Berusaha (YBrs. ) Tuan Haji Mohd Kamal bin Ahmad Untong.