Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTawau – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong Beaufort muncul sebagai johan bagi Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Negeri Sabah, sekali gus akan mewakili negeri Sabah dalam Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 11 Ogos hingga 12 Ogos 2025 di Kuala Lumpur.
Bersempena dengan Festival Bahasa dan Sastera (BAHTERA) pada 16 Julai hingga 17 Julai 2025, Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Negeri Sabah telah turut diadakan pada 17 Julai 2025 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chin, Tawau.

Selain muncul sebagai johan keseluruhan dengan membicarakan isu bertajuk “Potensi dan Cabaran e-Dagang pada Era Digital”, SMK Gadong Beaufort turut memenangi kategori Pengerusi Terbaik yang disandang oleh Amnah Nuha binti Sulin, manakala Malai Nur Insyirah binti Malai Rosidi dari SMK Kuhara dinobatkan sebagai Ahli Forum Terbaik.
Tempat kedua pula dimenangi oleh SMK Kuhara manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Ahmadshah meraih tempat ketiga.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Kolonel Kehormat (PA) Datuk Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap ADUN Apas.
Yang turut hadir dalam majlis ini termasuklah Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Encik Maluddin Haji Idris; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik Sandy Kahar bin Kaharuddin; Ketua Jabatan Pemasaran SazaRice, Encik Rayner Kilik; serta Penolong Kanan Pentadbiran SJKC Yuk Chin, Puan Chang Fui Lin.