Diterbitkan pada 25 April 2026, 22:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku telah menganjurkan program Ziarah Jawi yang berlangsung bersempena dengan program Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka, hari ini.

Program ini dikelolakan oleh Encik Hafizi Ahmad, Pegawai Perancang Bahasa dari Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP.

Antara pengisian utama program ini termasuklah kuiz ejaan Jawi kepada pengunjung yang hadir bagi menguji tahap kemahiran dan pengetahuan pengunjung terhadap tulisan tersebut secara langsung.

Salah seorang pengunjung menyertai sesi kuiz ejaan Jawi.

 

Selain itu, bagi memartabatkan penguasaan tulisan Jawi, pihak DBP telah melaksanakan pemasangan papan tanda khas Jawi di reruai pempamer di sekitar Dataran Merdeka.

Papan tanda jawi tersebut merangkumi pantun, gurindam, mutiara kata Sasterawan Negara dan peribahasa dalam tulisan Jawi.

Papan tanda Jawi digantungkan di sekitar reruai pempamer bagi tatapan umum.

Program ini bertujuan untuk mendidik serta mempromosikan penggunaan tulisan Jawi secara lebih meluas di ruang pameran dan perniagaan khususnya dalam bidang penerbitan.

Di samping itu, DBP telah membuka kaunter Sah Bahasa khusus buat pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat semakan dan pengesahan bahasa secara terus di lokasi.

Pegawai DBP melayani pengunjung yang hadir ke kaunter Sah Bahasa di reruai DBP

Turut hadir dalam program tersebut ialah YBrs. Puan Roziah Md Yunus, Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan DBP.

Kredit Foto: Mohd Farid Janudin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi