29 Mac 2021, 13:24

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Baru-baru ini diadakan satu Seminar Lintas Negara: Bual Pantun secara dalam talian menerusi aplikasi zoom dan turut disiarkan secara langsung melalui Facebook. Seminar Pantun Riau-Temasek yang diadakan di Dewan Kesenian Riau-Superbroadcast Singapura-Budhi ini merupakan kerjasama antara dua negara, iaitu Indonesia dan Singapura.

Beberapa karyawan dari Riau dan Singapura seperti Drs. Taufik Ikram Jamil M.Ikom, Monda Gianes DKR, Deni Ariadi, Dr. Azhar Ibrahim, dan Muhamad Shahril Samri membincangkan unsur kreatif dalam pantun.

Menurut Ketua Umum Dewan Kesenian Riau, Taufik Hidayat yang juga dikenali sebagai Atan Lasak, seminar ini rangkaian daripada Pesta Pantun yang akan dilaksanakan pada akhir tahun 2021 di Singapura, yang turut bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara dua negara, iaitu Riau (Indonesia) dengan Temasek (Singapura). Sementara itu, Taufik Ikram Jamil dari Riau pula mengatakan bahawa pantun merupakan sastera lisan yang berada di dua kutub, iaitu berada pada lisan dan aksara serta telah ada sejak 1500 tahun yang lalu.

Azhar dari Singapura pula berkata, pantun dalam masyarakat Melayu tradisional sangat  terlestari dalam kehidupan seharian. Sehingga kini, pantun masih bertahan, diingati dan diminati oleh orang ramai. Lirik lagu Melayu juga sebahagian besarnya merupakan puisi atau pantun. Selain itu, dalam seminar itu turut diadakan sesi berbalas pantun dan berpantun dalam muzik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.