22 Julai 2021, 14:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

BANGI Dalam penyusunan kamus, pemilihan konteks, etnisiti, sains dan masyarakat perlu diambil kira. Kesedaran tentang konteks dan etnisiti hendaklah berakar dalam aktiviti perkamusan.

Bahasa dan sains tidak dapat dipisahkan. Begitu juga halnya dalam proses penyusunan kamus. Bidang sains dan etnik pelbagai bahasa dalam sesuatu masyarakat turut diambil kira.

Contohnya, etnik Brunei−Melayu menggunakan bahasa Tagalog. Di Tidore pula, sultannya orang Tidore manakala penduduknya terdiri daripada orang Halmahera dan Papua. Kamus Melayu tertua pula disusun di Tidore dan Papua sejak 500 tahun dahulu.

Dalam perkamusan dan empirisisme, data kajian lapangan, data pencarian web dan data kumpulan fokus diambil kira. Terdapat kamus dalam bentuk cetakan dan juga digital. Sumber data harus ditapis dan dinilai melalui prosedur yang ditetapkan.

Selain itu, dalam penyusunan kamus, keaslian dan autensiti sumber data juga diambil kira. Contohnya, sumber data daripada sastera dalam kamus. Begitu juga dengan penyusunan dekoden dan kata yang sumbernya bukan daripada penutur asli kamus tersebut.

Kamus bahasa Inggeris misalnya, datanya diambil daripada  mereka yang bukan penutur asli bahasa Inggeris. Contohnya, Joseph Conrad merupakan penutur asli bahasa Poland, Christina Rossetti penutur asli bahasa Itali, dan Vladimir Nabokov pula ialah penutur asli bahasa Rusia.

Sementara bagi kamus Melayu pula, sumbernya juga daripada penutur bukan Melayu asli, iaitu daripada Nuruddin ar-Raniri (Bustan al-Salatin) yang merupakan penutur asli bahasa Arab manakala Arena Wati pula penutur asli bahasa Makassar.

 

Kamus Dewan (Kamus Dewan Edisi Pertama pada tahun 1970) ialah sebuah kamus bahasa Melayu yang disusun oleh Teuku Iskandar dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terdapat beberapa jenis kamus, antaranya ialah kamus nasional ekabahasa, kamus bahasa terancam (kamus minoriti) dan kamus besar. Ada perbezaan utama antara projek kamus bahasa besar dengan kamus bahasa yang terancam. Kamus bahasa terancam tidak diusahakan untuk mencari keuntungan dan berhadapan dengan sumber yang terhad dari segi masa, wang, staf dan ahli linguistik.

Tanggapan pengguna tentang Kamus Nasional Ekabahasa dalam Kamus Dewan 1970.

 

Tanggapan pengguna tentang Kamus Nasional Ekabahasa dalam Kamus Dewan Perdana 2020.

 

Contoh kamus bahasa minoriti – Kamus bahasa Ifugao.

Kamus bahasa minoriti pula termasuklah Kamus Bahasa Ifugao dan Kamus Bahasa Semai yang diterbitkan pada tahun 2007. Kamus nasional ekabahasa disusun mengikut tahap perencanaan kamus dan relevansi etnisti. Tahap perencanaan kamus dan relevansi etnisiti diambil kira berdasarkan pengguna kamus dan sumber data kamus.

Kamus Dewan Perdana ialah kamus terbaharu, terbesar dan terlengkap.

Kamus Dewan Perdana merupakan  kamus besar yang mempunyai definisi kata yang lebih lengkap. Dalam proses penyusunan ini, korpus, konkordensi dan web diambil kira. Korpus DBP mengandungi data mentah daripada pelbagai sumber bercetak. Para penyusun kamus juga perlu merujuk sumber data yang lain seperti web dan Malay Concordance Project (MCP). Selain itu,  staf editorial turut bekerjasama dengan 45 orang pakar bidang untuk menyemak dan menambah entri.

Contoh peningkatan definisi bagi perkataan “klac” dalam Kamus Dewan Perdana.

 

Kamus Bahasa Bacan ialah kamus yang sedang diusahakan penerbitannya oleh Prof. Emeritus Dr. James T. Collins.

Kamus Dewan Perdana merupakan khazanah nasional yang mesti mencerminkan kompleksiti bahasa Melayu sebagai bahasa multietnik yang sudah 500 tahun muncul sebagai bahasa dunia. Penelitian harus berlandaskan prosedur yang sistematik dengan skeptisisme dan beretika. Penelitian itu mestilah berdasarkan data empirikal. Penyemakan yang mendalam tentang peraturan ini memungkinkan skop yang lebih luas untuk siasatan saintifik.”

Demikianlah antara penjelasan oleh Profesor Antarabangsa Tersohor iaitu Prof. Emeritus Dr. James T. Collins dalam syarahan beliau dengan tajuk “Kamus dan Etnisiti: Sains dan Masyarakat” iaitu satu topik berkaitan membina kefahaman celik kamus dalam kalangan masyarakat mengenai serba serbi yang terlibat dalam pembuatan kamus dari segi proses penyusunannya. Syarahan yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada pukul 10.00 pagi ini anjuran Institut Kajian Etnik (KITA-UKM).

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.