9 Januari 2024, 08:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bukit Kayu Hitam – “Forum Bijak Berkata di Ruang Digital: Mengatasi Cabaran Bahasa Kurang Sopan di Media Sosial” melalui Program Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) telah diadakan semalam di Pekarangan Masjid Al-Muhajirin, Bukit Kayu Hitam, Kedah. Program ini anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Temin Zon A dan AJK Masjid Al-Muhajirin, Bukit Kayu Hitam.

Forum ini dipengerusikan oleh Cik Nor Hamidah Amran, pelajar tahun ketiga, Program Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah. Perkongsian ilmu daripada ahli panel yang terdiri daripada Encik Yusof Ariffin, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Puan Any Rozita Abdul Mutalib, pelajar Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari, UUM telah membincangkan penggunaan kata yang baik dan penggunaan kata yang negatif di media sosial.

Forum ini turut mengupas undang-undang penggunaan bahasa terlarang di media berdasarkan peraturan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Aktiviti lain yang turut diadakan ialah pameran utama pembelajaran, bengkel penggunaan aplikasi canva dan aktiviti rangsangan minda pelajar bersama-sama penduduk Bukit Kayu Hitam.

Program SULAM telah dirasmikan oleh Sarjan Mohd Redzuan Husain, Wakil Ketua Polis Balai, Balai Polis Bukit Kayu Hitam, selain turut dihadiri oleh Encik Rosli Ismail, Pengerusi KRT Taman Seri Temin, Zon A dan Dr. Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, Wakil Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM.

Secara keseluruhannya, program SULAM yang bertemakan “Suluhan Kasih Bermakna” dikendalikan dalam Kursus Pragmatik oleh Profesor Madya Dr. Hisamudin Isam, pensyarah Kursus Pragmatik yang bertujuan mengaplikasikan ilmu dan teori pragmatik yang dipelajari oleh para pelajar dalam Pengajian Bahasa dan Linguistik.

Program SULAM telah dirasmikan oleh Sarjan Mohd Redzuan Husain, Wakil Ketua Polis Balai, Balai Polis Bukit Kayu Hitam.
Aktiviti rangsangan minda oleh para pelajar Sarjana Muda Sastera Linguistik dan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM bersama kanak-kanak setempat.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.