Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangGambang – Bengkel Penulisan Buku Bawa Aku ke Syurga anjuran Sayap Muda Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) bersama-sama Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Damai dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU UMPSA (OkUMPSA) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bertujuan membantu penulis mengembangkan kemahiran mereka dalam menulis buku berdasarkan pengalaman hidup.
Bengkel berkenaan yang diadakan di Dewan Tun Fatimah, UMPSA Gambang itu dikendalikan oleh Encik Muhammad Hamka Embong, seorang penulis kreatif berpengalaman yang merupakan penggerak utama Sayap Muda DPMP.
Antara pengisian bengkel tersebut termasuklah pengenalan kepada penulisan pengalaman hidup; teknik penulisan kreatif untuk menghidupkan cerita; struktur dan organisasi buku; proses penerbitan buku daripada manuskrip hingga penerbitan; latihan penulisan dan penyuntingan manuskrip.
“Bagi memastikan para peserta menumpukan sepenuh perhatian, bengkel yang diadakan pada kali ini mengehadkan penyertaan kepada 20 orang sahaja demi membolehkan para peserta dapat mempelajari kemahiran menulis dengan lebih berkualiti dan berpeluang berkongsikan cerita dengan dunia luar,” kata Encik Muhammad Hamka Embong.
Sementara itu, Penolong Setiausaha DPMP sesi 2023/2025, Encik Nasrul Isyam Abdul Hamid yang turut hadir dalam bengkel berkenaan berkongsikan pengalaman beliau menyertai DPMP kepada para peserta.
Beliau berkata, menulis merupakan satu kaedah untuk mendekatkan masyarakat dengan dunia penulisan. Sayap Muda DPMP akan terus membantu dan mengadakan program seumpama ini pada peringkat sekolah ataupun di institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Ujar beliau,
Sayap Muda DPMP akan memohon supaya hasil penulisan daripada para peserta dalam bengkel ini dapat diterbitkan melalui DPMP, sekali gus meningkatkan motivasi para peserta dan memastikan kegiatan penulisan di Pahang terus segar dan membugar dengan jayanya melalui pelibatan Sayap Muda DPMP.