Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangTerengganu – Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur telah menganjurkan program Malam Bahasa Jiwa Bangsa dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 1 November 2024.
Program Malam Bahasa Jiwa Bangsa diadakan di Taman Awam sekitar Pantai Batu Burok bagi memeriahkan persembahan Malam Bahasa Jiwa Bangsa yang dilangsungkan dalam suasana santai dan menghiburkan.
Antara persembahan yang menarik ditampilkan termasuklah tarian kanak-kanak, puisi artistik, seruling lagu puisi, nyanyian lagu puisi, lagu malar segar, lagu irama Malaysia, sketsa, deklamasi puisi, syair dan gurindam.
Konsep persembahan Malam Bahasa Jiwa Bangsa diadunkan dalam cerita wayang kulit melalui penglipur lara ini mendapat sentuhan daripada Mohd Shareezad Satad, manakala saudara Mohd Nor Faisal Ibrahim pula memainkan peranan sebagai penglipur lara.
Persembahan daripada bakat sekolah dan institusi pendidikan tinggi awam di Terengganu turut ditampilkan, antaranya termasuklah persembahan Puisi Artistik Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kamus Dato’ Razali Ismail, Kumpulan Boria Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kumpulan Sketsa Layar Opera UMT dan Kumpulan Tarian Sekolah Bukit Kuang, Kemaman.
Turut ditampilkan barisan bakat seni anak jati Terengganu, antaranya termasuklah Fallah Basim, Abe Nor Seruling, Faisal Ali (Bintang P. Ramlee Terengganu), Ahmad Dhani (Bintang Kecil Terengganu), Akmal Zafran (Bintang Kecil Terengganu) dan Hisham Rahim (Juara Bintang Klasik).