Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuantan – Demi memupuk dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan anggota pekerja di pejabat, Kelab Keluarga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (KKKPKNP) telah mewujudkan sebuah perpustakaan mini di Bilik Rekreasi PKNP, Kompleks Teruntum, Kuantan berkonsepkan “Zon Membaca untuk Bertenang” (Read to Heal Zone).
Menurut Presiden KKKPKNP, Encik Rahmat Hussin, antara tujuan perpustakaan mini itu diwujudkan bagi menyediakan ruangan yang selesa kepada anggota pekerja untuk berehat dan bersantai pada waktu rehat dan selepas waktu bekerja.
Selain daripada melakukan aktiviti rekreasi ringan seperti bermain baling damak dan catur di ruangan tertentu yang telah disediakan, anggota pekerja juga diberikan pilihan untuk membaca buku yang ada sebagai usaha memupuk budaya membaca di pejabat.

Sementara itu, Ketua Biro Pendidikan Kesihatan dan Sosial KKKPKNP, Puan Hafifazlin binti Mohd Kenali pula menyatakan bahawa semua buku yang disediakan di perpustakaan itu telah dikumpulkan sejak awal tahun lagi dan merupakan sumbangan ahli KKKPKNP yang merangkumi pelbagai genre seperti buku motivasi, novel dan buku keagamaan.
Jelas beliau lagi,
Penyediaan perpustakaan mini dan ruang berehat tersebut diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli KKKPKNP yang berkunjung ke situ dan pastinya KKKPKNP sentiasa mengalu-alukan sumbangan buku-buku baharu untuk menambahkan lagi koleksi bahan bacaan yang ada.
Majlis Perasmian Perpustakaan Mini KKKPKNP telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, mewakili Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP.

Yang turut hadir dalam sesi perasmian perpustakaan mini tersebut termasuklah Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, ahli jawatankuasa KKKPKNP dan pihak pengurusan PKNP.