Muhammad Haziq bin Noor Affandi .
Diterbitkan pada 8 Julai 2025, 15:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Seni bahasa dan sastera Melayu diiktiraf menerusi lagu kanak-kanak  Sep Sep Sep Tom Tom Tom dalam Pertandingan Seni Tari Peringkat Antarabangsa 2025, CostaBrava, Sepanyol pada 5 Julai lalu.

Lagu Sep Sep Sep Tom Tom Tom berjaya memukau perhatian para juri dan penonton sehingga kumpulan Permata Seni Tari dianugerahi pingat emas dalam pertandingan tersebut.

Kemenangan ini sekali gus mengangkat martabat bahasa Melayu dan sastera kebangsaan menerusi lagu tersebut dan mencitrakan budaya tinggi dalam seni tari rakyat Malaysia.

Seni tari merupakan medium tafsiran dan terjemahan unik gabungan antara seni bahasa, sastera Melayu dengan gerak tari yang membuahkan kejayaan kepada Malaysia apabila meraih 13 pingat dalam pelbagai kategori pertandingan tersebut.

Kejayaan hebat tersebut harus diberikan pujian kerana usaha murni ini terbukti mampu mendidik dan membimbing generasi muda sekarang dalam ketiga-tiga cabang seni negara. Secara sedar atau sebaliknya, daripada usaha gigih ini telah dapat menyemai kecintaan terhadap bahasa, sastera dan budaya bangsa. Inisiatif sebegini harus diteruskan dan diperkasakan agar warisan seni jati diri negara bangsa terus berkembang ke pentas dunia serta dihargai oleh rakyat Malaysia dengan rasa bangga.

Detik manis 24 orang peserta daripada kumpulan Permata Seni Tari bersama-sama jurulatih di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas berjaya meraih kemenangan bagi 13 kategori yang dipertandingkan dalam International Dance Games 2025 di Sepanyol.
Kredit Foto: Permata Seni
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi