Diterbitkan pada 9 Julai 2025, 14:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bangsar – Pasukan forum dari SMK Seri Bintang Selatan mengungguli gelaran johan dalam Pertandingan Forum Remaja MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasukan forum yang dibarisi oleh lima orang pelajar berbakat, iaitu Mohamad Adhwa Noor Khairoon, Harini a/p Narayana Rao, Lam Lok Yee, Nur Jannah Balqis Johan dan Wan Nur Damia Iman Wan Mohd Nazim akan bertandang ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Akhir kelak.

Mohammad Adhwa Mohd Noor Khairoon dari SMK Seri Bintang Selatan telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik, manakala Nur Jannah Balqis Johan juga dari SMK Seri Bintang Selatan pula dinamakan sebagai Ahli Forum Terbaik. Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Selangor pula memenangi Anugerah Montaj Terbaik.

Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di SMK Bangsar adalah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL).

Lima buah pasukan forum sekolah yang telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir peringkat negeri daripada 12 buah pasukan forum yang bertanding dari sekolah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menentukan pasukan forum terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Lima pasukan forum remaja tersebut ialah dari Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, SMK Seri Permaisuri, SMK Seri Bintang Selatan dan SMK Puteri Wilayah.

Acara ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Aziz Hashim, iaitu Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPWPKL; Yang Berusaha Puan Hajah Salina Shaari, iaitu Pengetua SMK Bangsar; guru pengiring dan guru dari SMK Bangsar. Upacara penutupan majlis telah diserikan dengan ucapan perasmian penutupan daripada Pengarah DBP Wilayah Tengah, iaitu Yang Berusaha Puan Nurul Julia Alani Henry.

Antara pasukan yang menyertai Pertandingan Forum Remaja MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kredit Foto: Muhammad Zuhaily Mohamad
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi