Oleh Nasrul BK
Diterbitkan pada 18 Ogos 2025, 16:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

 

Poster kemenangan Sekolah Kebangsaan Felda Purun.

Pekan–SK Felda Purun dari daerah Bera mencipta sejarah apabila muncul juara Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2025. Dalam pertandingan akhir di SK Pekan Jaya tersebut, pasukan ini yang bertindak selaku pihak pembangkang berjaya menewaskan SK Pelindung, Kuantan dengan usul “Kecerdasan Buatan Mengoptimumkan Pembelajaran Murid”.

Mereka membawa pulang piala iringan dan sijil pencapaian. Siti Nurnadhira Najwa Nazrol dari SK Felda Purun pula dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Keseluruhan sebanyak lima kali dan turut meraih gelaran Pembahas Terbaik Akhir.

Menurut YBrs. Encik Mohamad Subaidi Abdul Samat, iaitu Pegawai Teknikal Bahasa Melayu JPN Pahang;

Sebanyak 16 buah pasukan yang bertanding memberi komitmen yang tinggi sewaktu berbahas dan berjaya membentuk pasukan yang mantap melalui latihan intensif dan pendekatan kreatif oleh jurulatih masing-masing.

Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil serta hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Arman Mohamad Tojib, iaitu Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Sektor Pembangunan Murid) JPN Pahang.

Menurut beliau;

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid luar bandar mampu bersaing setanding dengan murid bandar dalam bidang perbahasan, asalkan diberi bimbingan, sokongan dan peluang yang saksama.

Suasana pertandingan akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2025 di SK Pekan Jaya.
Barisan Juri pertandingan akhir Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2025 di SK Pekan Jaya.

Yang turut hadir ialah YBrs. Puan Hanita Kassim, iaitu Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Bera dan YBrs. Encik Kamarul Zaman bin Mohd Ali, iaitu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) PPD Pekan.

Pembahas Terbaik Peringkat Akhir, iaitu Siti Nurnadhira Najwa Nazrol dari Sekolah Kebangsaan Felda Purun menerima piala iringan dan sijil pencapaian.
Guru pengiring merakam gambar kenangan bersama-sama pelajar SK Felda Purun yang muncul sebagai juara Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang 2025.
Keputusan Keseluruhan Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2025.
Kredit Foto: Mohamad Subaidi Abdul Samat, PT Bahasa Melayu JPN Pahang.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi