Diterbitkan pada 27 Oktober 2025, 11:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kota Bharu – Sempena Karnival Lestari Bahasa 2025 (LESTARI 2025), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur telah berjaya membina kerjasama strategik dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di negeri Kelantan. Antaranya termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu dengan mengadakan pameran bagi menawarkan perkhidmatan jabatan dan agensi masing-masing.

Pameran dan perkhidmatan DBP pula disertai oleh Pusat Dokumentasi Melayu, Ujana Buku untuk jualan buku terbitan DBP, Bahagian Dasar dan Penyelidikan bagi pelaksanaan Kajian Soal Selidik Penggunaan Bahasa Kebangsaan, Akademi DBP untuk tujuan promosi kursus dan sijil profesional, Perkhidmatan Sah Bahasa oleh Bahagian Penguatkuasaan. Permainan “Roda Kata” dan “Bersahabat dengan Kamus” pula dikelolakan oleh Bahagian Perkamusan, dan juga sesi “Bersama-sama Editor DBP” yang dekendalikan oleh Bahagian Buku Umum, DBP.

Bagi meluaskan lagi sokongan terhadap pemartabatan bahasa kebangsaan, DBP Wilayah Timur juga telah mengambil inisiatif dengan membina jaringan kerjasama strategik dengan pihak swasta, antaranya termasuklah Imedikel Pharma Holding Berhad, Juara Travel, Kemudi Timur Elektronik Sdn. Bhd., Yaya Empire, Farm Fresh, Luxxura Legacy, ADABI, Sayap Niaga Sdn. Bhd., Perodua Yamud Automobile dan NTS Printing.

Yang turut dipamerkan dalam pameran tersebut termasuklah kenderaan elektrik oleh Proton E-Mas (JM Automobil EV Sdn. Bhd., BYD Raza E Auto. Tujuan pameran ini adalah untuk membina jaringan kerjasama rentas sektor dan memperlihatkan komitmen semua pihak terhadap usaha memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai agenda nasional negara. Bersempena dengan LESTARI 2025 yang berlangsung pada 23 Oktober 2025 hingga 25 Oktober 2025 ini juga, Ahli Lembaga Pengelola DBP, iaitu YBrs. Dr. Fahd Razy telah mengambil kesempatan untuk berkunjung ke reruai agensi dan sektor yang menyertai pameran selain menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengajuran LESTARI 2025.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi