Diterbitkan pada 5 November 2025, 16:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Nerus–“Kuasa bahasa bukan sekadar pada gaya penyampaian, tetapi pada matlamat, nilai, dan kejujuran di sebalik tutur kata. Justeru, komunikasi berkesan harus berpaksikan integriti agar mampu membina kepercayaan dan keharmonian dalam masyarakat”.

Demikian menurut YBrs. Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, iaitu Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai tokoh jemputan semasa menyampaikan ceramah beliau dalam Syarahan Darul Iman Siri Ke-4 bertajuk “Pragmatik dan Komunikasi Berkesan: Antara Kuasa dan Integriti” yang berlangsung di Auditorium Sulaiman, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Beliau turut menekankan kepentingan memahami aspek pragmatik serta peranan integriti dalam memastikan penyampaian mesej yang berkesan dan beretika dalam berkomunikasi.

Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bahasa dan Komunikasi (JBK), RIG Language and Communication Skills (LComS), Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT).

Penganjuran siri syarahan keempat ini merupakan usaha berterusan UMT untuk memperkukuh budaya keilmuan melalui jalinan akademik dan memperluas wacana ilmu dalam bidang bahasa dan komunikasi, seiring dengan aspirasi universiti sebagai institusi yang melahirkan graduan berilmu, beretika, dan berdaya saing.

YBrs. Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin, iaitu Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebagai tokoh jemputan semasa menyampaikan ceramah beliau dalam Syarahan Darul Iman Siri Ke-4.
Kredit Foto: Media Kreatif UMT
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi