Zulhilmi bin Shalehuddin .
Diterbitkan pada 28 Mac 2025, 14:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Sembilan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas inisiatif mengutamakan bahasa kebangsaan.

Menurut DBP dalam suatu kenyataannya pada hari ini, penghargaan berkenaan adalah atas usaha pihak tersebut menyediakan pesanan khidmat awam kepada masyarakat menerusi bahasa kebangsaan dalam lagu dan penggunaan pantun sebagai hantaran dalam media sosialnya.

Selain itu, DBP turut memaklumkan bahawa keprihatinan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan merupakan langkah penting dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan mesej yang hendak disampaikan dapat dinyatakan dengan jelas dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat.

Semoga usaha ini terus diberikan perhatian dan menjadi contoh kepada pihak lain untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai wahana.

“DBP akan sentiasa menyokong usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan oleh semua pihak,” tegasnya.

Oleh itu, pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasama melalui pelaksanaan pelbagai program untuk menyuburkan serta menyebarluaskan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa negara dan bahasa ekonomi.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi