Diterbitkan pada 2 April 2026, 18:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuala Pilah – Eksplorasi Bahasa Digital MADANI anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)  bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun DBP ke-70 Tahun Peringkat Zon Tengah di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah diadakan untuk menarik perhatian anak muda menguasai bahasa kebangsaan.

Program ini disertai oleh pelajar sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di sekitar Negeri Sembilan. Sebanyak 16 pasukan yang diwakili oleh anak muda yang bersemangat untuk memperkasakan bahasa kebangsaan.

Perasmian dan pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengarah DBP Wilayah Tengah, YBrs. Puan Nurul Julia Alani Henry dan Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Kebangsaan Pelbagai Kaum, YBrs. Puan Aninah Janang.

Pelepasan peserta Eksplorasi Bahasa Digital MADANI oleh YBrs. Puan Nurul Julia Alani Henry (kiri) dan YBrs. Puan Aninah Janang (kanan).

Eksplorasi ini menggabungkan kemahiran digital dalam penggunaan bahasa dan sastera bahasa Melayu. Aktiviti yang dijalankan termasuklah teka silang kata nama Sasterawan Negara, pembinaan dan susunan ayat bahasa Melayu serta transliterasi Jawi.

Seronok dan menarik eksplorasi yang DBP anjurkan kali ini kerana dapat tahu banyak ejaan Jawi yang betul dan lebih menarik kali ini adanya nyanyian lagu dan pantun teka-teki untuk menarik minat kami untuk menjawab soalan,” ujar Adam peserta Eksplorasi Bahasa Digital MADANI.

Pada masa yang sama, program ini dapat melahirkan pelajar yang cakna tentang masalah bahasa dan peserta dapat mengenali Sasterawan Negara.

Peserta eksplorasi berbincang untuk menyelesaikan tugasan semasa eksplorasi.

Selain itu, eksplorasi ini menjadi lebih menarik kerana semua soalan dan jawapan menggunakan pendekatan digital sesuai dengan perkembangan teknologi yang lebih dekat dengan golongan muda.

Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Eksplorasi kali ini dimenangi oleh pasukan Obsidia, Permata Wacana dan Klang.

Kredit Foto: Mohd Farid Janudin
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi