Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Muhammad Faizal Isahak dari Universiti Tun Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2026 Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) selepas menewaskan lima peserta lain pada pentas akhir pertandingan ini yang bertemakan “Revolusi Bioindustri: Antara Bioteknologi dengan Batas Etika” di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, DBP, petang semalam.
Kemenangan ini melayakkan Muhammad Faizal Isahak membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000.00, piala pusingan, trofi beserta sijil penghargaan DBP.
Naib johan disandang oleh Muhammad Irfan Daniel Irwan dari Universiti Teknologi Petronas yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,500.00, trofi serta sijil penghargaan DBP, diikuti dengan tempat ketiga milik Auni Afrina Mohd Shukri dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.00, trofi beserta sijil penghargaan DBP.


Tempat keempat pula diraih oleh Nur Syazwani Yazid dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menerima wang tunai bernilai RM800.00, trofi serta sijil penghargaan DBP dan tempat kelima disandang oleh Nik Abdul Aziz Nadzmi Nik Mohd Azreen dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan membawa wang tunai sebanyak RM200.00, trofi serta sijil penghargaan DBP.
Sementara itu, johan Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah 2026 Peringkat Sekolah Menengah diungguli oleh Auni Nabiha Ahmad Zaki dari SBPI Kubang Pasu yang berjaya membawa pulang bernilai RM1,000.00, piala, trofi serta sijil penghargaan DBP.
Chiah Wei Yuan, SMK Subang Jaya merangkul gelaran naib johan dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.00, trofi beserta sijil penghargaan DBP, diikuti dengan tempat ketiga disandang oleh Lim Jae Tsen dari SMK Seri Perling yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM600.00, trofi beserta sijil penghargaan DBP.


Tempat keempat diraih oleh Nur Adriana Mohammad Zamberi dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara dengan menerima wang tunai berjumlah RM400.00, trofi serta sijil penghargaan DBP, sementara di tempat kelima disandang oleh Nur Balqis Batrisyia Tauffek yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00, trofi serta sijil penghargaan DBP.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Prof. Dr.Hasniza Zaman Huri yang diiringi oleh Pengarah DBP Wilayah Tengah, Puan Nurul Julia Alani Henry.
Yang turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Encik Muhamad Tarmizi Muhammad Nor, Pengetua Kolej Kediaman Tunku Kursiah, Profesor Madya Dr. Rosidah Hassan serta pegawai DBP.